Sabtu, 5 Mei 2012

Al-Quran Dihina dan Dibakar : Perisai dan Pelindung Umat iaitu Khilafah, Wajib Segera Ditegakkan

caliphate
ARRAYAH.INFO, Jakarta, 5 Mei 2012 - Ketiadaan Daulah Khilafah sebuah Negara Islam Global telah menyebabkan kehormatan dan kemulian umat Islam akan terus dinodai oleh kaum kafir laknattullah.

Berulang kembali Paderi Kristian berasal dari Florida Amerika Syarikat, Terry Jones membangkitkan kemarahan kaum muslimin dengan cara menghina dan membakar kitab suci Al-Quran, pada hari Ahad, 29 April 2012 yang lalu.

Ini bukan pertama kalinya, tahun 2010 yang silam Terry juga menganjurkan hari pembakaran kitab suci Al-Quran. Namun tindakannya itu dikecam di seluruh Dunia terutama kaum muslimin.

Tindakbalas penghinaan tersebut, Hizbut Tahrir Indonesia mengadakan seruan mengutuk pembakaran kitab suci Al-Quran, pada hari Jumaat, 4 Mei 2012 di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta. Ribuan berkumpul di  hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, mengutuk tindakan keji Paderi Terry Jones.


Penghinaan Terhadap Islam dan Kaum Muslim

Tindakan Jones sebagai tindakan keji, tidak beradab dan sangat merendahkan kehormatan, keagungan serta kesucian Al-Quran. Pembakaran Al-Quran merupakan penghinaan terhadap Islam dan kaum muslimin seluruh dunia.

Pembakaran kitab suci Al-Quran sebagai bukti kegagalan Amerika Syarikat dalam melindungi kehormatan agama Islam dan kitab sucinya. Hal ini sekaligus menunjukkan doktrin penghormatan dan perlindungan Hak Asasi Manusia hanya cakap kosong belaka."

Peristiwa ini, menunjukkan kelemahan umat Islam. Meski jumlahnya sangat banyak yaitu mencapai 1,5 bilion ternyata tidak mampu melindungi kehormatan umat Islam termasuk kitab sucinya.

Selain melakukan seruan, Hizbut Tahrir Indonesia juga membawa beberapa spanduk dan poster dalam bahasa Inggeris, bahasa Arab dan Indonesia. Diantaranya bertuliskan, "Caliphate the true shield of Quran", "Jihad to protect Quran", "You burn Quran, you burned in Hell..!!!", "Kau Bakar Quran-ku, Binasalah Kau!!".

Pada hari Ahad, 29 April 2012, Paderi kontroversial dari Gereja Dove World Outreach Center, Terry Jones, merealisasikan ancamannya dengan mambakar kitab suci umat Islam, Al-Quran dan gambar yang diklaim sebagai gambar Nabi Muhammad SAW di depan gerejanya.

Demikianlah, tanpa keberadaan Daulah Khilafah sebuah Negara Islam Global sebagai perisai umat, kaum Muslim begitu mudahnya dihinakan, termasuk kitab suci umat Islam tersebut.

Sudah saatnya umat menyedari pentingnya Daulah Khilafah sebuah Negara Islam Global sebagai perisai yang akan menghentikan para penghina Islam, Al-Quran, Nabi, serta kaum Muslim. Kini saatnya, umat bahu-membahu untuk bersegera mewujudkannya. Insya Allah, ia semakin dekat untuk ditegakkan.

Sumber :http://www.syabab.com/akhbar/ummah/2546-hizbut-tahrir-indonesia-mengutuk-pembakaran-al-quran-oleh-pendeta-gila-terry-jones-amerika-gagal-lindungi-kehormatan-agama-f.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular