Isnin, 7 Mei 2012

Keluarga Sakinah Penegak Syariah dan Khilafah Sebuah Negara Islam Global

keluarga
Kelahiran anak kedua Editor Pengarang pada 7 Mei 2012
ARRAYAH.INFO, Johor Bahru, 7 Mei 2012 - Islam mewajibkan setiap Muslim, baik lelaki mahupun perempuan, untuk menjadikan akidah Islam sebagai landasan kehidupan, termasuk dalam kehidupan berumah-tangga. Menjadikan akidah Islam sebagai asas rumah tangga bererti meletakkan akidah sebagai paksi tujuan hidup dalam berumah tangga.

Akidah Islam menetapkan bahawa tujuan hidup setiap manusia adalah untuk meraih keredhaan Allah SWT melalui ketaatan, ketundukan, dan kepatuhan kepada-Nya seperti firmanNya:
"Dan tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembahKu". [Surah adz-Dzariyat 51: 56].

Berdasarkan hal ini, maka mereka yang berpegang teguh kepada akidah Islam akan sentiasa terikat dengan hukum-hukum Islam, termasuk dalam aspek mendirikan dan menjalani kehidupan rumah tangga. Motivasi dalam berkeluarga adalah semata-mata untuk mendapatkan keredhaan-Nya dan bukannya kerana mementingkan kebendaan atau kemewahan..

Setiap perintah Allah SWT akan dilaksanakan walaupun berat, penuh rintangan dan halangan, dengan tidak mengambilkira faedah dari segi kebendaan.. Sebaliknya, semua yang dilarang-Nya akan sentiasa dihindari walaupun menarik hati, menyenangkan, dan menjanjikan kesenangan duniawi.

Salah satu perintah Allah SWT ke atas. pasangan suami dan isteri adalah kewajipan berdakwah. Ini dapat diperhatikan dari firman Allah SWT:
"Orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka melakukan amar makruf nahi mungkar." [Surah at-Taubah [9]: 71].

Dalam ayat ini Allah SWT. menyatakan bahawa berdakwah merupakan aktiviti yang bersangkutan dengan keimanan seseorang, baik laki-laki mahupun wanita. Allah SWT juga berfirman:
“Hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menyerukan kebajikan (Islam) dan melakukan amar makruf , mencegah kemungkaran; merekalah orang-orang yang beruntung.” [Surah Ali Imran [3]: 104].

Ayat ini menerangkan bahawa dakwah bukanlah tanggungjawab individu sahaja, tetapi wajib dilakukan secara berjemaah; perlunya ada kumpulan yang dianggotai lelaki mahupun perempuan yang mampu menegakkan tujuan dakwah.

Dengan demikian, amatlah jelas bahawa dakwah memang wajib dilakukan oleh setiap lelaki mahupun perempuan muslim, suami mahupun isteri. Pada masa kini, separuh dari jumlah penduduk dunia adalah terdiri dari kaum wanita. Sememangnya orang yang paling layak berdakwah di kalangan perempuan adalah kaum wanita sendiri iaitu para ibu dan calon-calon ibu. Apatah lagi pada saat ini kaum wanita telah dijadikan sasaran utama dalam rangka meruntuhkan sesuatu bangsa.
.
Oleh kerana itu, suami dan isteri sepatutnya sama-sama meyakini bahawa dakwah merupakan satu kewajipan bagi mereka. Suami tidak akan menghalangi isterinya berdakwah. Ini kerana, menghalangi isteri berdakwah bererti menghalanginya menunaikan kewajipan dan seterusnya menjerumuskan isteri ke dalam dosa. Sebaliknya, isteri juga akan meredhai suaminya berdakwah.

Apabila suaminya lesu dan tidak bersemangat dalam dakwah, isteri akan bersegera menaikkan semangat suaminya. Suami dan isteri masing-masing sepatutnya berbangga memiliki pasangan sebagai pendukung dakwah, dan hati serta perasaan mereka mengatakan:. “Keluarga kami adalah keluarga pendukung dakwah,” Inilah kebahagiaan ikatan mabda.

Sumber : http://www.mykhilafah.com/fokus-muslimah/1185

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular