ARRAYAH.INFO, Kuala Lumpur, 4 Mei 2012 - Pesta Buku Antarabangsa 2012 sedang berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, Kuala Lumpur yang bertemakan "Buku: Dunia Tanpa Sempadan" bermula dari 27 April 2012 dan berakhir pada 6 Mei 2012 dari jam 9.00 pagi - 7.00 malam.
Sebuah buku telah menarik perhatian ramai pembaca yang bertajuk 'Demokrasi Musuh Syariat Islam' kerana ia melawan arus dan bertentangan dengan sistem pemerintahan demokrasi yang diamalkan di Malaysia.
Berikut maklumat ringkas tentang buku tersebut:-
Judul Asal: Ad-Demoqratiyah Fi Dawi' As-Syariah Al-Islamiah
Judul Bahasa Melayu : Demokrasi Musuh Syariat Islam
Pengarang: Dr Mahmud Al-Khalidi
Penterjemah: Abu Falah
Diterbitkan oleh Pustaka Syuhada.
Plot:
Demokrasi merupakan ciptaan ideologi kapitalisme dan ianya lahir dari pandangan bahawa manusialah yang membuat sistemnya. Dialah yang mengontrak (membuat kontrak) penguasa untuk memerintah dirinya, melucutkan kekuasaan darinya bila-bila masa yang dikehendaki olehnya.
Demokrasi merupakan istilah yang digunakan di barat dalam banyak konteks, mengikut pengertian yang diberikan oleh Revolusi Perancis, ia mempunyai isi kandungan yang luas termasuklah hak rakyat secara mutlak untuk menyusun perundangan tentang seluruh permasalahan umum mengikut kehendak majoriti ahli parlimen.
Bertolak dari pemahaman tentang realiti demokrasi bahawa ia diasaskan kepada prinsip "Kedaulatan di tangan rakyat" dan ini bererti bahawa nilai tertinggi dalam pemerintahan demokrasi adalah pemerintahan rakyat oleh rakyat itu sendiri.
Buku ini mengupas bagaimana ideologi Demokrasi yang dicipta oleh kafir harbi dan sekutunya termasuk Karl Max dan Lord Reid telah menjahannamkan Islam dari pelbagai sudut dan aspek. Buku ini juga membawa pembaca ke arah mengenal hakikat sebenar kebusukan sistem demokrasi yang banyak dianuti di pelbagai negara termasuk negara kita, Malaysia .
Bacalah dengan hati dan mata fikir yang terbuka!!!!
Dapatkannya sekarang di Pesta Buku Antarabangsa 2012, PWTC Kuala Lumpur.
Dapatkannya di booth kami, H15 & H16 di Dewan Tun Hussein Onn.
---------------------------------------
Boleh didapati di...
Pesta Buku Antarabangsa 2012
Dewan Tun Hussein Onn
Booth H15 & H16 Pustaka Syuhada
Harga istimewa sempena pesta buku, hanya RM3 sahaja!
---------------------------------------
Sumber : Pustaka Syuhada
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
ARRAYAH.INFO, 24 Ogos 2012 - Ketika sebuah negara yang mempunyai nisbah hutang terhadap GDP di atas 100% tidak sanggup membayar, apa yang a...
-
ARRAYAH.INFO, Shah Alam, 5 September 2012 - Gerakan kumpulan yang mengadakan perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, minggu lalu se...
-
ARRAYAH.INFO, Nusantara, 29 Mei 2012 - Pengaruh Khalifah terhadap kehidupan politik alam Melayu sudah terasa sejak masa-masa awal berdiri...
-
ARRAYAH.INFO, Kutub Utara, 25 Julai 2012 - Waktu solat dan puasa adalah piawai bagi umat Islam di seluruh dunia ditetapkan mengikut peredar...
-
ARRAYAH.INFO, Shah Alam, 6 Julai 2012 -Semakin ramai diantara kita yang semakin merindui kebangkitan Islam. Malangnya ramai dari kita yan...
-
ARRAYAH.INFO, Islambul, 24 Mei 2012 - Nabi Muhammad SAW pernah bersabda (yang bermaksud) : "Kota Konstantinopel akan jatuh ke tanga...
-
ARRAYAH.INFO, Mesir, 5 Oktober 2012 - Hizbut Tahrir Wilayah Mesir memulakan kempen secara meluas di pelbagai tempat untuk memperkenalkan ...
-
ARRAYAH.INFO, 7 Julai 2013 - Pada Hâsyiyah al-Sindi di dalam Syarah Sunan Ibnu Majah terdapat bab tentang “Kesaksian Melihat Anak Bulan, ...
-
ARRAYAH.INFO, Lubnan, 3 Jun 2012 - Allahuakhbar! Usaha terbaik bantahan yang dilakukan oleh Parti Islam Global iaitu Hizbut Tahrir di Tri...
-
ARRAYAH.INFO, 2 Ogos 2012 - Jika Khilafah sebuah Negara Islam Global akan tertegak, dimanakah wilayah paling tepat dan paling layak untuk m...
Demokrasi Musuh Syariat Islam
BalasPadam- nak berdakwah pun susah
- tapi klu nk wt maksiat leh lk
as-salam...
BalasPadamkalau demokrasi tu musuh, kenapa PAS & UMNO participate?
mohon pencerahan. terima kasih.
Penjajah british bijak meka tidak tinggalkan tanah melayu begitu saja. meka telah wariskan sistem pemerintahan demokrasi berpaksikan perlembagaan sekular yg dianggap lebih tinggi daripada Al Quran sebagai panduan. Seharusnya umat Islam harus sedar dan kembali kepada tatacara Rasulullah mendirikan Negara dan menjalankan pemerintahan. Janji Allah pasti bahawa sistem demokrasi tidak akan kekal lama dan akan digantikan dengan Khilafah mengikut jalan kenabian....
BalasPadampastinya sistem demokrasi akn hancur. tapi apa rasional(maaf cakap) ulama2 baik dari pihak PAS & UMNO tak mengeluarkan sebarang fatwa berkenaan sistem demokrasi? apa yg menyebabkan mereka membenarkan demokrasi diamalkan di negara ni? huhu.. banyak tanya plak saya ni.. cuma nakkan kepastian. maafkan admin.
PadamRasionalnya gaji meka dibayar pemerintah demokrasi, klu lwn pemerintah nnti dikatakn lwn perlembagaan, dn takut kena pecat kot.
Padamye la kn gaji dah puluh ribu, mungkin telah terpedaya dgn harta dunia
atau mungkin di dalam pemerintahan sekular demokrasi, para ulama2 kerajaan cuma duduk kt sekolah2, surau2, masjid2 je ngajar ngaji, baca Quran, zikir, baca doa, dan bg tazkirah je, nak ngajar bab pemerintahan pn tk sempat.
PRU13 Jangan biarkan PARTI Ciptaan PENJAJAH British UMNO memerintah negara Malaysia lagi. ISLAM harus diutamakan, Hukum-hukum dan undang-undang ISLAM, perekonomian cara Islam mengikut kitab Al-Quran mesti di tegakkan mesti di jalankan....bukan undang-undang ciptaan penjajah BRITISH/UMNO/BN...yang CORRUPT... Allahhuakbar. Allahhuakbar....Allahhuakbar....
BalasPadam