Isnin, 26 Mac 2012

Seruan Kebangkitan Khilafah Dihalang oleh Mereka yang Munafik dan yang Fasik


tegakkan khilafah
ARRAYAH.INFO, Puchong, 26 Mac 2012 - Buat julung-julung kalinya, di Masjid As-Salam Puchong Perdana, Puchong, Selangor telah diadakan satu seruan kebangkitan Khilafah dan lafaz takbir yang penuh bersemangat daripada para syabab (pemuda) Hizbut Tahrir di Malaysia sempena 88 tahun Masihi kejatuhan Daulah Khilafah selepas solat Jumaat pada 2 Mac 2012 yang lepas.

Antara tujuan seruan adalah untuk mengingatkan kaum Muslimin agar bangkit dan berusaha bersama-sama Hizbut Tahrir bagi mengembalikan semula Daulah Khilafah yang akan menerapkan sistem Islam secara menyeluruh.

Bagaimanapun bacaan seruan tersebut gagal dihabiskan kerana ia telah dihalang oleh mereka yang munafik dan yang fasik. Walhal masjid adalah rumah Allah yang menjadi hak setiap Mukmin untuk menyampaikan Islam.

Sungguh menyedihkan apabila pihak masjid sendiri yang menghalang usaha mulia ini. Namun demikian, ia sedikit pun tidak melunturkan semangat para syabab Hizbut Tahrir, malah ia semakin menguatkan lagi keimanan dan keyakinan bahawa Allah sekali-kali tidak akan mensia-siakan usaha dakwah ini.

Inilah fitrah di dalam perjuangan di mana Rasulullah SAW dahulu pun dihalang oleh Abu Lahab semasa menyampaikan seruan Islam di Bukit Safa sehingga turunnya Surah Al-Lahab (Surah 111).

Cuma yang amat mengecewakan adalah, jika dahulu Rasulullah SAW dihalang oleh orang-orang kafir, namun sekarang usaha dakwah ini dihalang oleh umat Islam sendiri.

"Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik." (Surah At Taubah: 67)

Hizbut Tahrir akan terus berjuang dan terus menyeru dan menyeru umat Islam agar berjuang menegakkan Khilafah walau sebesar mana sekalipun halangan yang ada kerana kami yakin bahawa kemenangan akan pasti datang dalam masa terdekat.

Sumber : http://www.mykhilafah.com/aktiviti-htm/3301-seruan-htm-gegarkan-masjid-as-salam

Gambar seruan kebangkitan Khilafah

khilafah  khilafah
khilafah  khilafah
khilafah  khilafah

9 ulasan:

  1. [68]
    Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu menjadi balasan mereka; dan Allah melaknatkan mereka, dan bagi mereka azab seksa yang kekal.
    [69]
    (Nasib kamu hai orang-orang munafik) adalah sama dengan nasib orang-orang sebelum kamu (yang telah dibinasakan), mereka lebih kuat serta lebih banyak harta benda dan anak pinak daripada kamu; seterusnya mereka telah bersenang-senang dengan bahagian mereka; maka kamu pula telah bersenang-senang dengan bahagian kamu sebagaimana orang-orang yang sebelum kamu itu bersenang-senang dengan bahagiannya; dan kamu pula telah memperkatakan (perkara yang salah dan dusta) sebagaimana mereka memperkatakannya. Mereka yang demikian, rosak binasalah amal-amalnya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan merekalah orang-orang yang rugi. (Surah At Taubah)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apakah yang dimaksudkan orang2 munafiq dan orang2 kafir?

      Padam
  2. Semoga Allah memperkuatkan iman dalam perjuangan yang murni ini. Allahu Akhbar.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Bolehkah dengan berkumpul, berdemontrasi, membawa dan menjulang sepanduk, sistem kekhalifan akan tertegak? Bukankah allah sudah memberi garisan panduan-Nya. Adakah kita tidak sedar, atau hanya mengikuti tanpa ada pengetahuan? Munkinkah kita masih berfahaman liberal? Persoalan nya. Dimana kah KUNCI bagi memartabatkan semula sistem kekhalifahan?
    Sama2 laa kita fikirkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minta saudara Shiful jelaskan garis panduan sebagaimana yang difahami ...

      Padam
    2. Sebelum Nabi Muhammad S.A.W wafat baginda ada meninggalkan satu wasiat di mana ia berbunyi "Ku tinggalkan untuk kamu 2 perkara(pusaka) taklah kamu akan tersesat selama-lamanya, selama kamu berpegang kepada kedua2nya iaitu Kitabullah dan Sunnah RasulNya". Jika kita perhatikan pada hadith tersebut, mengapakah Rasulullah mengatakan Kitabullah dan sunnah RasulNya sebagai pusaka. Adakah pusaka itu hanya lah sekadar cerita kosong, ataupun cerita magis, ataupun cerita rekaan sendiri, ataupun cerita daripada nenek moyang. Pastilah kita akan mengatakan, pusaka ini adalah petunjuk dan pedoman yang hak. Yakin, tiada sebarang keraguan. sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Jaatsiyah ayat 20 "Al-Quran ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang menyakini". Persoaalan, Adakah perbuatan kita mengikut petunjuk dan pedoman yang hak seperti yang telah dipusakakan? ataupun hanya menuruti kebanyakan orang sahaja. Firman Allah Surah Al.An'am ayat 116 "Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang dimuka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkan mu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikut persangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta terhadap Allah". Jelas dan nyata amaran yang telah diberikan kepada kita. Oleh itu, sama-samalah kita memahami dan melaksanakan pusaka itu agar dapat memartabatkan semula sistem islam itu dan mengembalikan muka bumi ini sebagaimana fitrah-Nya. Amin.

      Padam
  5. yang dimaksud sebagai pihak yg munafik itu yg mana sih? tolong sebutkan satu per satu secara jelas dan gamblang.

    BalasPadam
  6. CUCU CICIT KAMAL ATARTURK-ORANG SEMEJID PUN TIDAK SAYANG ALLAH TAALA

    BalasPadam

Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular