Selasa, 27 Mac 2012

Seruan Kebangkitan dan Kibaran Panji Hitam Ar-Rayah telah Sampai ke Sao Paulo, Brazil


panji khilafah
ARRAYAH.INFO, Brazil, 27 Mac 2012 - Islam benar-benar akan meliputi hujung timur dan barat dunia sebagaimana telah dikhabarkan Rasulullah SAW 1400 tahun yang lalu.

Hari ini, kibaran Panji-Panji Hitam Rasulullah pun telah berkibar di banyak negara, termasuk ke Brazil di benua Amerika Selatan.

Sambil mengibarkan Panji Hitam Ar-Rayah, golongan Muslim bersama warga tempatan mengadakan aksi seruan menyokong revolusi Syria di Paulista, Sao Paulo, Brazil pada Ahad, 18/03/2012.

Beberapa media melaporkan aksi seruan tersebut dihadiri sekitar 250 orang. Sedangkan menurut polis, sekitar 100 penunjuk rasa turun ke jalan di Sao Paulo, membawa Panji Hitam Ar-Rayah dan sepanduk solidariti bagi rakyat Syria.

Aksi seruan tersebut dihadari oleh para ahli dari pelbagai organisasi yang menyokong perjuangan rakyat Syria. Para aksi seruan membawa bendera revolusi Syria dan juga beberapa panji berwarna hitam bertuliskan ‘ لا إله إلا الله محمد رسول الله ’ .

Sebuah sepanduk besar dibentangkan di atas trak besar bertulis, "Tumbangkan Bashar untuk Membebaskan Golan". Sementara anak-anak muda dan remaja di atasnya mengibarkan panji-panji, termasuk meninggikan Rayatul Uqob (Panji Rasulullah SAW).

Beberapa penyeru berbicara dengan lantang mengecam keganasan di Syria yang menyokong perjuangan umat Islam di Syria untuk menghadapi rejim kejam Syria. Mereka juga meneriakkan seruan "Satu, satu, rakyat Syria bersatu".

Diantaranya wakil-wakil dari komuniti Arab yang menganjurkan menghantar senjata untuk membela diri para revolusioner. Termasuk juga menyokong kelanjutan revolusi untuk mendapatkan kembali Dataran Tinggi Golan yang telah dijajah Israel dari wilayah Syria pada tahun 1967, serta pencerobohannya pada tahun 1981, serta menghadapi Israel dan imperialisme.

Mereka juga mengecam imperialis barat serta mengkritik kerajaan di dunia Arab yang diam atas pembunuhan rejim terhadap warga Syria yang menginginkan perubahan.

Para penunjuk perasaan menentang kediktatoran Presiden Keji Syria Bashar al-Assad yang telah menumpahkan darah kaum Muslim di bumi Syam. Mereka juga menyokong warga Syria untuk menghadapi tindakan penindasan pemerintah.

Kekerasan di bumi Syam terus meningkat, setiap hari rejim berkuasa membunuh kaum Muslim tak bersenjata. Menurut Pusat Hak Asasi Manusia untuk Syria, kira-kira 10,000 orang mati oleh rejim Assad. Belum lagi ribuan yang ditahan dan diseksa dan serta mereka yang mencari perlindungan ke negara-negara jiran seperti Turki dan Lubnan.

Demikianlah, kaum Muslim di berbagai negara, baik di Timur dan Barat berusaha untuk berdiri menyokong perjuangan rakyat Syria untuk menghadapi rejim diktator Bashar al-Assad.

Panji-panji Khilafah telah pun berkibar, menujukkan bahawa Islam akan terus tersebar luas sampai Khilafah benar-benar berdiri sehingga tak satu pun bahagian bumi kecuali menerima Islam. Insya Allah, semakin dekat. [syabab.com/arrayah.info]

Sumber : http://syabab.com/akhbar/ummah/2489-panji-royatul-uqob-berkibar-di-negeri-brazil-tumbangkan-bashar-bebaskan-golan-vf.html

Lihat video seruan

1 ulasan:

  1. Islam benar-benar akan meliputi hujung timur dan barat dunia sebagaimana telah dikhabarkan Rasulullah SAW 1400 tahun.
    Ya Benar Perkara Ini Pasti Akan Berlaku

    BalasPadam

Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular