Upacara pembukaan dijadual berlangsung 20 minit sebelum sepak mula pertandingan pembuka antara Poland melawan Greece di National Stadium, Warsawa, di hadapan 50 ribu penonton yang berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.
Sebiji Bola Sepak Bak Sihir yang Memukau
Lenggok pemain membawa 'Benda Bulat Itu' yang mempersonakan, kehebatan melepasi benteng pertahanan lawan, ketepatan penyudah merupakan aksi yang sentiasa dinanti-nantikan oleh para pencintanya. Penglihatan seolah-olah telah ‘digam’ di kaca TV3 ataupun skrin lebar Astro. Hanya wisel separuh masa dan penamat sahaja yang dapat ‘menanggalkannya’. Bukan hanya seorang, tetapi berjuta-juta peminat terpukau dek pesona aksi bintang-bintang pujaan masing-masing.
'Benda Bulat Itu' tidak mengenal manusia, muda atau tua, miskin atau kaya, hina atau mulia, yang berkulit hitam ataupun putih, mereka akan setia menunggu setiap perlawanan, tidak kira apa waktunya. Semua kopi cap berjenama pasti laris untuk memastikan mata dapat disengkang di dalam masa sebulan ini, suatu amalan yang amat sukar dilakukan sebelum ini. Kesungguhan berjaga dan bangun malam ini amat menakjubkan! Alangkah baiknya jika senantiasa diamalkan oleh kaum Muslimin untuk bertahajjud dan bermunajat kepada Allah SWT.
Aura temasya ini sangat berbeza, ia seolah-olah telah berjaya meletakkan manusia di bawah pengaruhnya dengan pesona aksi pemain. Pemain-pemain ini tidak memerlukan mentera keramat untuk memukau. Mereka juga tidak perlu berada di hadapan mata para pencinta. Cukup sekadar menonton aksi menerusi paparan elektronik sudah memadai untuk ‘memukau’ jutaan manusia di seluruh dunia. Setiap mata begitu takut untuk berkelip terutama ketika aksi serangan dilakukan, semata-mata khuatir akan terlepas aksi menjaringkan gol. GOOOOOL!!! Itulah kata-kata yang mengakhiri sebuah penantian apabila 'Benda Bulat Itu' masuk ke pintu gol.
Kata-kata yang menggembirakan hati musuh-musuh Allah SWT dikala melihat dan mendengar ianya dilaungkan oleh umat Islam. Alangkah mulianya jika kaum Muslimin melaungkan takbir penyatuan dan kebesaran Allah SWT, ALLAHU AKBAR!!!, di kala melihat kekejaman yang dilakukan oleh kaum kuffar, fasik dan munafik ke atas saudara seIslamnya. Kata-kata yang paling dibenci dan ditakuti oleh musuh-musuh Allah SWT. Itulah saat yang paling digeruni oleh Barat, apabila kaum Muslimin bangkit dari kealpaan mereka dan melafazkan apa yang pernah Rasulullah SAW lafazkan!
Sedarlah..
Wahai kaum Muslimin! Jangan sekali-kali kamu terpukau dengan 'Sihir Benda Bulat Itu' sehingga melupakan kewajiban kamu, melupakan nasib yang menimpa saudara kamu. Rasulullah SAW menafikan seseorang itu sebagai sebahagian dari kaum Muslimin jika dia bangun pada pagi hari dan tidak menghiraukan apa yang telah berlaku ke atas saudara-saudaranya. Sabda baginda,
“Siapa sahaja yang bangun di pagi hari dan perhatiannya adalah kepada selain Allah SWT, maka ia tidak berurusan dengan Allah. Dan barangsiapa yang bangun dan tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka ia tidak termasuk sebahagian daripada mereka (kaum Muslimin) [Hadis Riwayat Hakim dan al-Khathib dari Hudzaifah RA]
Wahai kaum Muslimin! Bayangkanlah sekiranya Rasulullah SAW masih bersama kita,
- Adakah Rasulullah SAW akan merestui apa yang kita lakukan?
- Apakah perbuatan sesetengah kita yang begitu gilakan bola ini akan mendapat pujian dari Rasulullah SAW?
- Adakah Rasulullah SAW akan membiarkan umatnya tenggelam dalam pesona kegilaan ini?
- Pernahkah kita terfikir tentang apakah harapan Rasulullah SAW kepada umatnya di akhir zaman?
- Adakah baginda mengharapkan umat Islam menjadi ’kaki bola’?
- Atau sebaliknya Rasulullah SAW mengharapkan umat Islam berjuang untuk menegakkan semula perlaksanaan syariat agama Allah di muka bumi ini?
Malangnya, sebahagian dari kaum Muslimin tidak mengasihi baginda sebagaimana yang baginda harapkan. Saudaraku, inilah harapan Rasulullulah SAW kepada kalian semua, mengembalikan semula kehidupan Islam dengan jalan mendirikan Daulah Khilafah sebuah Negara Islam Global sebagaimana yang baginda telah wariskan kepada para Khulafa’ur-Rashidun...
Sumber : http://www.mykhilafah.com/sautun-nahdhah/271-sn073-bola-sepak-pesona-yang-melalaikan
minggu ni/bulan ni ramai la orang datang lewat ke sekolah ke, ke pejabat ke, ke tampat ke, menyusahkan je.
BalasPadamTanya diri sendiri, tengok bola dapat pahala banyak mana?
BalasPadamIsunya apa? 'benda bulat' tu atau waktu perlawanan di awal pagi (Msia, Indon, Spore, Brunei), atau apa sebenarnya yang dianggap umpama 'sihir'?
BalasPadamMungkinkah ada anak2 muda yang mengambil kesempatan ini untuk membiasakan tahajud cth semasa halftime atau sebelum fajar? Walaupun dikatakan 'tahajud bola', tapi tidakkah lebih baik jika niat mereka yang dibetulkan daripada minat mereka dihentam sebagai sihir??