Jumaat, 28 September 2012

Bajet 2013 : Belanjawan Kerajaan Sekular, Menggalakkan Rakyat Melakukan Dosa

ARRAYAH.INFO, Malaysia, 28 September 2012 - Seperti biasa setiap kali pembentangan Bajet dan yang terbaru pembentangan Belanjawan atau Bajet 2013, pastinya ada sebahagian yang menyambut baik, sebahagian yang kecewa dan sebahagian lagi yang malas berkata apa-apa.

Seperti biasa juga, bagi sesetengah pihak, tidak ada yang istimewanya dengan bajet pada kali ini kerana ia hanyalah merupakan perubahan angka-angka dari bajet-bajet sebelumnya.

Ini kerana, rakyat mesti terus digula-gulakan dan hasil negara hendaklah diberi sedikit kepada rakyat agar rakyat boleh ditutup mulutnya menjelang Pilihanraya Umum ke 13 yang sepatutnya lebih banyak hak-hak rakyat perlu dilaksanakan tetapi yang sengaja disembunyikan.

Namun yang lebih menyedihkan lagi, belanjawan Kerajaan Sekular kali ini mengabaikan tanggungjawab dan lebih menggalakkan rakyat di Malaysia melakukan dosa.


Senarai Perkara Yang Mengakibatkan Dosa

Pertama: Sumber pendapatan terbesar bajet Kapitalis adalah dari cukai atau berasaskan cukai. Padahal, memungut cukai adalah sesuatu yang teramat jelas haramnya.

Kedua: Pengecualian 100% duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan. Pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jalan ke atas teksi yang berusia lebih dari tujuh tahun yang dijual atau ditukar milik. Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet persendirian. Tetapi tidak menghapuskan keseluruhan aktiviti cukai yang lainnya

Bajet itu juga tidak membezakan jenis pemilikan yang telah ditetapkan oleh Islam iaitu antara
  1. Kepemilikan individu
  2. Kepemilikan negara
  3. Kepemilikan umum
Oleh itu, adalah haram jika kerajaan mengumpul harta kekayaannya hasil daripada cukai atau hasil dari rampasan milik individu (milkiyyah al-fardiyyah) seperti pelbagai jenis cukai dan bayaran paksaan lainnya.

Ketiga: Bajet Kapitalis yang dibentangkan ini juga tidak memasukkan zakat sebagai satu unsur yang sepatutnya dijadikan punca pendapatan Negara, walhal terdapat begitu banyak nas tentang kewajipan memungut zakat untuk diagih-agihkan kepada lapan asnaf.

Keempat: Menggalakkan riba pengurangan pinjaman asal dengan mengurangkan pembayaran balik PTPTN apabila membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual mulai 1 Okt 2012, diskaun 10 peratus setahun akan diberikan dan tidak menghapuskan riba PTPTN keseluruhan.

Kelima: Lebih mengagungkan undang-undang sekular warisan kafir British berbanding undang-undang warisan Rasulullah SAW melalui Al-Quran dan As-Sunnah dengan menawarkan bantuan guaman secara percuma melalui Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk membayar fi guaman tinggi.

Keenam Percuma kepada warga tua caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kesihatan termasuk klinik 1Malaysia serta pergigian milik Kerajaan. Menyediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV (Human Papilloma Virus – RM50 juta). Sewajibnya kerajaan yang memerintah memberikan rawatan yang percuma untuk semua orang terhadap masalah kesihatan tidak hanya kepada HPV dan orang tua sahaja.

Ketujuh Juga, haram bagi kerajaan mengaut keuntungan dari kekayaan/hak yang berupa milik awam (milkiyyah al-ammah) seperti minyak, gas, galian, air, elektrik, pendidikan, kesihatan dan seumpamanya. Penerusan subsidi bil elektrik RM20 sepatutnya hanya dikenakan caj pengurusan sahaja yang tidak akan membebankan rakyat.


Kesimpulan

Dunia hari ini diatur menggunakan ideologi kapitalisme. Sekularisme adalah aqidah bagi ideologi, demokrasi adalah sistem pemerintahannya dan kapitalisme adalah sistem ekonominya.

Bajet yang dibentangkan hari ini adalah sebahagian dari apa yang diajar oleh ideologi kapitalisme. Ia bertentangan sama sekali dengan fiqh amwal dalam sistem ekonomi Islam.

Akibat dari kehancuran Sistem Khilafah, sistem pemerintahan Islam banyak sistem seperti pendidikan, kesihatan dan juga ekonomi sama-sekali tidak terlaksana dalam kehidupan hari ini.

Jika anda pertama kali mendengar, apakah itu Sistem Khilafah? Bersama-sama kita menyokongnya kerana janji Allah SWT melalui hadis Rasulullah SAW ia pasti akan kembali. Insya Allah, masanya sudah dekat.


Sumber : http://www.mykhilafah.com/sautun_nahdhah/SN192_Bajet.pdf

Ahad, 23 September 2012

Usaha Mendirikan Khilafah, Meneladani Rasulullah SAW Mendirikan Daulah

ARRAYAH.INFO, Bandar Baru Bangi, 23 September 2012 – Sekali lagi bertempat di Khilafah Centre, Seksyen 7, Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia (MHTM) mengadakan Diskusi Muslimah, pada 17 September yang lalu, kali ini mengetengahkan tajuk "Kesan Tarbiyah Ramadhan: Singkirkan Sekularisme, Tegakkan Islam".

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh adik Hajar dengan ahli panelnya Ustazah Ummu Hajar. Beliau memulai pembentangannya dengan mengingatkan kembali para hadhirat tentang kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan, seterusnya mengupas kaitan antara amalan di dalam bulan Ramadhan, Islam dan sekularisme.

Ummu Hajar kemudian mengulas dengan terperinci mengenai sekularisme dan menjelaskan bagaimana sistem kufur itu berkembang sehingga berjaya mempengaruhi umat Islam. Sekularisme dibawa dan dikembangkan oleh Barat ke dunia Islam setelah mereka mula menjajah Negara Islam (Khilafah) saat ia mula melemah, ujar beliau. Setelah berjaya menakluk negeri-negeri umat Islam termasuk Malaysia (Tanah Melayu ketika itu), penjajah kuffar ini kemudian menancapkan sistem pemerintahan mereka (sekular) di setiap wilayah jajahannya.

Beliau kemudian memaparkan potret duka umat Islam kesan daripada penerapan sekularisme dan seterusnya menjelaskan bagaimana umat Islam dapat melawan sistem kufur ini dengan kekuatan takwa yang diterjemahkan melalui tindakan dan usaha menegakkan semula Khilafah mengikut metode kenabian.

Ummu Hajar seterusnya menjawab persoalan yang diajukan daripada hadhirat, baik secara lisan mahupun bertulis.

Di akhir majlis, ahli panel ini menyeru agar para Muslimah turut sama memainkan peranan dalam pembinaan masyarakat dan penegakan semula Khilafah Islam kerana ia adalah kewajipan dari Allah yang terkena ke atas setiap orang yang mengucap syahadah.

Hanya dengan penegakan semula Khilafah, barulah sistem kufur sekular yang didasarkan kepada akal manusia ini dapat dihapuskan secara total dan diganti dengan sistem Islam yang didasarkan kepada wahyu.

Sumber : http://www.mykhilafah.com/aksi-muslimah/3679-muslimah-wajib-tinggal-sekularisme-dan-tegak-islam

Sabtu, 22 September 2012

Seruan Hizbut Tahrir Malaysia : Rasulullah SAW Dihina, Jihad oleh Angkatan Tentera Malaysia Jawabnya

ARRAYAH.INFO, Kuala Lumpur, 22 September 2012 – Hizbut Tahrir Malaysia sekali lagi menggegarkan Angkatan Tentera Malaysia dengan menyeru agar bertindak ke atas penghinaan yang dilakukan oleh Sam Bacileke atas Rasulullah SAW melalui penerbitan filemnya Innocence Muslim.

Seruan Hizbut Tahrir Malaysia itu disampaikan oleh Ustaz Umar Hussein, AJK Pusat Hizbut Tahrir Malaysia sebaik sahaja selesai solat Jumaat, 21 September 2012 di Masjid Khalid al-Walid, Jalan Padang Tembak.

Di dalam seruannya, Hizbut Tahrir Malaysia menyatakan bahawa tentera wajib bertindak dalam isu ini kerana Rasulullah SAW adalah Rasul kepada seluruh kaum Muslimin termasuklah warga tentera.

Sungguh tidak wajar jika Angkatan Tentera Malaysia hanya berdiam diri dalam kes penghinaan ke atas Rasulullah SAW kerana setiap Muslim wajib mencintai Rasulullah lebih dari segala-galanya di dunia ini.

Apatah lagi Angkatan Tentera Malaysia sebagai sebuah institusi yang mempunyai kekuatan yang sejati di dalam mempertahankan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.

Angkatan Tentera Malaysia mesti bertindak segera kerana ia adalah kewajipan, tegas Ustaz Umar di dalam seruannya.

Umar seterusnya melaungkan bahawa tidak ada solusi yang tuntas di dalam menjawab kebiadaban kuffar Amerika Syarikaat dalam kes ini kecuali apabila tentera bersuara dengan memberi ancaman jihad kepada Amerika Syarikaat.

Para pemimpin yang ada sudah tidak boleh diharap di mana mereka hanya terus membisu dan langsung tidak berani bersuara.

Justeru, harapan umat Islam disandarkan kepada tentera bagi menjawab kelancangan warga Amerika Syarikaat dan negara Amerika Syarikaat dalam menghina Rasulullah SAW dengan jihad fi sabilillah.

Sekitar 300 anggota dan penyokong Hizbut Tahrir Malaysia melaungkan takbir berkali-kali di sepanjang demonstrasi aman tersebut. Para demonstran kemudian bergerak dari masjid Khalid al-Walid menuju ke Kementerian Pertahanan (Mindef) tidak jauh dari situ bagi menyerahkan memorandum kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

Memorandum berupa bantahan, gesaan dan peringatan kepada Panglima Angkatan Tentera agar tidak hanya berdiam diri dengan penghinaan yang berlaku ke atas Nabi Muhammad SAW.

Sebaik tiba di pintu pagar Mindef, sekali lagi seruan dilaungkan oleh Umar Hussein bagi mengingatkan Angkatan Tentera Malaysia akan tanggungjawab mereka untuk berjihad demi menjaga kesucian Nabi Muhammad SAW dari terus dicemari oleh puak kuffar.

Presiden Hizbut Tahrir Malaysia, Ustaz Abdul Hakim Othman sebagai ketua delegasi seterusnya meminta untuk berjumpa Panglima Angkatan Tentera Malaysia bagi menyerahkan memorandum atau mana-mana wakil Panglima Angkatan Tentera Malaysia untuk datang menerima memorandum tersebut.

Setelah menunggu lebih kurang 10 minit di perkarangan pagar yang diselang-seli dengan ucapan dan laungan takbir para demonstran, salah seorang pegawai datang dan menerima memorandum tersebut bagi pihak Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan berjanji akan menyerahkannya kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

Hampir kesemua anggota Angkatan Tentera Malaysia yang berkawal di depan pagar, khususnya pegawai yang menerima memorandum, telah memberikan kerjasama yang baik kepada Hizbut Tahrir Malaysia di sepanjang proses penyerahan memorandum tersebut.

Anggota Hizbut Tahrir Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia kemudian saling bersalaman sebaik memorandum selesai diserahkan. Pujian wajar diberikan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia yang telah menunjukkan keprofesionalan dan sifat ukhwah yang tinggi semasa menerima memorandum.

Demonstrasi aman ini berakhir dengan bacaan doa oleh Ust Isa Abdullah, yang memohon agar Allah SWT memberikan kekuatan dan kemenangan kepada umat Islam, melalui pertolongan yang diberikan oleh Angkatan Tentera Malaysia dalam usaha Hizbut Tahrir Malaysia untuk menegakkan Daulah Khilafah yang akan menyatukan umat Islam dan seterusnya mengajar kuffar Barat agar tidak lagi berani menghina Islam, umat Islam dan Rasulullah SAW. Doa turut disambut dan diaminkan oleh kesemua anggota tentera yang ada di situ.

Sumber : http://www.mykhilafah.com/aktiviti-htm/3673-hina-nabi-htm-gegarkan-atm-seru-agar-bertindak

Lihat video seruan

Jumaat, 21 September 2012

Kibaran Panji Rasulullah SAW adalah Satu Tanda, Bila Khilafah Berdiri, Runtuhnya Kekuasaan UMNO

keruntuhan
ARRAYAH.INFO, Kuala Lumpur, 21 September 2012 - Satu demo bantah filem "INNOCENCE OF MUSLIM" telah berlangsung di perkarangan Masjid Jamek, Kg Baru, Kuala Lumpur anjuran Pemuda UMNO yang berganding bahu dengan PERKAS / PEKIDA / BELIA 4B / KIMMA / JATI dan lain-lain NGO.

Kibaran Panji Ar Rayah / Panji Rasulullah SAW adalah satu tanda, bila Khilafah berdiri, UMNO yang berganding bahu dengan PERKAS / PEKIDA / BELIA 4B / KIMMA / JATI pasti akan merestuinya.

Mungkin juga ia satu tanda, bila Khilafah berdiri, runtuhnya kekuasaan UMNO dengan menyerahkan seluruh kekuasaannya kepada Khilafah sebuah Negara Islam Global.

Mereka telah sedar untuk mengibarkan Panji-Panji Rasulullah SAW yang berwarna hitam bertuliskan kalimah syahadah bukannya mengibarkan bendera warisan penjajah.

kesedaran
Semakin jelas, kedatangan Khilafah sebuah Negara Islam Global tidak boleh dibendung-bendung lagi.

Institusi inilah yang akan membawa kembali dunia Islam kepada puncak kejayaannya untuk kedua kalinya.

Di saat itulah, Islam sebagai rahmat bagi semesta alam benar-benar menaungi umat manusia, dari ujung timur hingga ujung barat dunia.

Insya Allah, tinggal beberapa saat lagi.

Moga para pemimpin terutamanya di Malaysia yang memikul tanggungjawab menerapkan hukum menoleh ke belakang melihat kejahatan kafir British menerapkan undang-undang dengan memberikan satu kitab Perlembagaan Kufur yang lebih tinggi dari Kitab Suci Al-Quran.

janji
Dengan kesedaran yang ada, apa yang wajib kita ikuti adalah “nas”, bukannya “keadaan”. Kita perlu tunduk kepada nas, bukan kepada keadaan.

Pihak yang mengemukakan alasan bahawa perlu wujud suasana kondusif baru boleh diterapkan Islam, hakikatnya telah meletakkan Islam itu ‘tunduk’ kepada suasana, walhal suasana (dan manusia) itulah yang wajib tunduk kepada Islam!!!

Sebagai Muslim, kita wajib ingat bahawa hukum Allah yang wajib diterapkan itu bukanlah hudud semata-mata dan kita wajib meyakini bahawa hukum Allah, apa sekalipun ia, baik kecil mahupun besar, baik ibadat mahupun akhlak, baik hudud mahupun muamalat, kesemuanya adalah sesuai diterapkan pada setiap masa, tempat dan suasana, dari mula Islam diturunkan hinggalah ke hari manusia dibangkitkan. [abuidris/arrayah.info]

Sumber gambar dari pelbagai sumber blog. mynewshub.my parpukari.blogspot.com

Selasa, 18 September 2012

Kesan Buruk Peringkat Global Jika Rasulullah SAW Dihina

rasulullah
ARRAYAH.INFO, Beirut, 18 September 2012 - Hezbollah memberi amaran akan ada kesan buruk peringkat global yang “amat bahaya” jika Innosence of Muslims dikeluarkan sepenuhnya sementara satu fatwa diisytiharkan terhadap penerbit tersebut yang kini menyembunyikan diri bersama keluarganya.

Amaran itu datang daripada ketua Hezbollah, Hassan Nasrallah kelmarin. Kematian akibat protes, yang memasuki minggu kedua, telah mencecah hampir 20 orang.

“Amerika Syarikat harus faham. Amerika Syarikat harus faham bahawa mengeluarkan keseluruhan filem ada bahayanya, sangat bahaya, (akan menyebabkan) tindak balas di seluruh dunia,” kata beliau.

Penelitian awal minggu ini menunjukkan ada satu pautan yang membawa kepada keseluruhan kandungan filem.

Perkhidmatan pemantauan kumpulan pengganas, SITE Intelligence Group berkata, Ahmad Fouad Ashoush telah mengeluarkan fatwa terhadap pelakon dan anggota krew filem tersebut.

“Saya mengeluarkan satu fatwa dan menggesa belia Muslim di Amerika dan Eropah agar melaksanakan tugas ini, di mana membunuh pengarah, penerbit dan pelakon-pelakon dan sesiapa yang membantu dan mempromosikan filem ini,” kata imam itu. – Sinar Harian

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/global/fatwa-bunuh-pengarah-innosence-of-muslims-muncul-1.86478

Ahad, 16 September 2012

Yahudi Berwaspada Timur Tengah Akan Bersatu di Bawah Pemerintahan Khilafah Islam

ARRAYAH.INFO, Israel, 16 September 2012 - "Akan tiba masanya, Timur Tengah boleh bersatu di bawah Pemerintahan Khilafah Islam" kata Israel Homefront Defense Minister Avi Dichter pada hari Isnin pada sidang Institut Antarabangsa bagi Counterterrorism di Pusat Interdisciplinary, Herzliya, Israel Hayom melaporkan.

"Dunia Arab, terutama jiran-jiran Israel telah memulakan perjalanan panjang yang akan berakhir di Timur Tengah menjadi blok negara-negara yang dikawal oleh Ikhwan Muslimin, dan juga boleh bertukar menjadi satu pemerintahan Khilafah Islam," kata Dichter.

Dichter juga berkata bahawa agensi perisikan Arab dan Barat gagal untuk meramalkan peristiwa kebangkitan Arab Spring.

"Teori bahawa Ikhwanul Muslimin tidak boleh melancarkan revolusi dibuktikan palsu," kata Dichter.

Ikhwan Muslimin menggunakan strategi mengambil-alih sesebuah negara dan ia merupakan satu kejutan besar.

Israel bersama-sama menggunakan laporan perisikan dan ramalan berdasarkan apa yang perisikan Arab dan agensi-agensi keselamatan laporkan.

Tetapi apabila mereka salah menganalisis keadaan, semua orang yang percaya dari maklumat mereka, telah tersilap sama sekali.

Agensi perisikan Arab telah gagal memahami apa yang berlaku di sebalik permukaan dan badan-badan perisikan Barat telah tertipu kerana hanya melihat cuma di permukaan."

Sumber : http://www.algemeiner.com/2012/09/11/middle-east-could-turn-into-%E2%80%98one-islamic-caliphate%E2%80%99-israeli-minister-warns/

Sabtu, 15 September 2012

Khilafah Islamiyah Akan Menjaga Kemuliaan Islam, Nabi Muhammad SAW dan Kaum Muslim

kemuliaan
ARRAYAH.INFO, Indonesia, 15 September 2012 - Gelombang demonstrasi penolakan terhadap filem “Innocence of Muslims” yang dianggap menghina Nabi Muhammad SAW akhirnya melanda Indonesia.

Jumaat, 14 September 2012 ratusan orang dari Hizbut Tahrir Indonesia (HTI) melakukan aksi tunjuk rasa di hadapan Kedutaan Besar Amerika Syarikat, Jalan Medan, Merdeka Selatan, Jakarta Pusat.

Para demonstran membawa spanduk-spanduk yang bernada menyalahkan pemerintah Amerika Syarikat kerana dinilai telah membiarkan peredaran filem tersebut.

Salah satu spanduk bertuliskan “Mengecam Bisunya Pemerintah Amerika Syarikat Pada Aksi-Aksi Kebencian Terhadap Islam”, terlihat dibawa para demonstran.

Mereka menuntut agar pemerintah Amerika memberi hukuman keras pada semua pihak yang terlibat dalam pembuatan filem “Innocence of Muslims”.

Mereka mengatakan bahawa satu-satunya hukuman yang pantas bagi para pembuat filem kontroversial itu adalah hukuman mati.

Dalam aksi demonstrasinya, HTI juga untuk mempromosikan berdirinya Khilafah Islamiyah di Indonesia. Menurutnya, apabila khilafah ditegakkan maka penghinaan terhadap umat Islam tidak akan dibiarkan begitu saja.

“Kalau khilafah berkuasa, jangankan nabi yang dihina, seorang umat saja dihina oleh kafir maka akan diratakan negaranya oleh Khilafah,” ujar Pengurus DPD Hizbut Tahrir Jakarta, Assad dalam orasinya. [jpnn.com/syabab.com/edit/arrayah.info]

Sumber : http://www.syabab.com/akhbar/ummah/2833-nabi-muhammad-saw-dihina-massa-hti-ancam-gusur-kedubes-as-foto.html

Khamis, 13 September 2012

Seruan Kepada Seluruh Umat Islam Bekerjasama Membela Kehormatan Nabi Muhammad SAW dengan Mendirikan Khilafah

muhammad
ARRAYAH.INFO, 13 September 2012 - Lagi banyak kafir menghina Nabi kita, maka bertambah banyak cinta kita kepadanya dan semakin kita bekerja keras untuk mendirikan Khilafah.

Rasulullah Muhammad SAW dihina. Kali ini penghinaan itu dilakukan melalui filem berjudul "Innocence of Muslims". Dalam filem jangka masa dua jam itu Nabi Muhammad digambarkan sebagai seorang penipu, lelaki hidung belang yang lemah dan gemar melakukan pelecehan seksual terhadap anak.

Ini adalah penghinaan terhadap Rasulullah Muhammad SAW yang dilakukan oleh orang Kafir Barat untuk ke sekian kalinya. Penghinaan ini menunjukkan kebencian mereka terhadap Nabi Muhammad dan Islam.

Selalu berdalih, pembuatan filem yang menghina itu merupakan bahagian dari kebebasan merekacipta. Tapi faktanya, ini adalah kebebasan untuk melakukan apapun termasuk memburukkan, menghina, dan melecehkan Islam dan Nabi Muhammad SAW.

khilafah
Seruan kepada seluruh umat Islam untuk bahu-membahu dalam membela kehormatan Nabi Muhammad SAW dan menolak dengan keras setiap paham atau doktrin yang tidak Islami seperti doktrin tentang HAM, sekularisme dan liberalisme serta sungguh-sungguh berjuang menegakkan Khilafah.

Kerana hanya Khilafahlah yang akan secara nyata menghentikan semua penghinaan itu, serta melindungi kehormatan Islam dan umatnya, sebagaimana pernah ditunjukkan oleh Khalifah Abdul Hamid II terhadap Perancis dan Inggeris yang hendak mementaskan drama karya Voltaire, yang menghina Nabi Muhammad SAW.

"Ketegasan seorang Khalifah, yang akan melaungkan jihad melawan Kafir Inggeris itulah yang akhirnya menghentikan rencana jahat itu sehingga kehormatan Nabi Muhammad SAW tetap terjaga," tegasnya. [m/htipress/syabab.com/edit/arrayah.info]

Selasa, 11 September 2012

Bangkitlah Singa-Singa Islam! Jatuhkan Bendera Kafir, Kibarkan Bendera Islam

singa
ARRAYAH.INFO, Mesir, 11 September 2012 - Ribuan pemuda Islam menduduki Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Kairo, Mesir.

Mereka telah menurunkan bendera Amerika Syarikat dan merobeknya, serta menggantinya dengan Panji Hitam / Panji Ar Rayah bertuliskan kalimah
‘ لا إله إلا الله محمد رسول الله ’.

Yaa Allah Yaa Jaami'... Persatukanlah semua pemuda Islam untuk berjuang menuju kemuliaan kaum muslimin dan kemuliaan agamaMu.

Yaa Allah Yaa Khaafidh... Cerai-beraikanlah persatuan musuh-musuh kaum muslimin, rendahkanlah mereka, tanamkanlah ketakutan pada hati mereka.

Sumber : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151165104214161&set=a.346765414160.150624.88292589160&type=1&ref=nf

Muslims Demonstration outside US embassy in Cairo-9/11/2012
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.367403243334758.84899.264251830316567&type=1

Ahad, 9 September 2012

Kitab : Menegakkan Kembali Negara Khilafah, Kewajiban Terbesar Dalam Islam

khilafah
ARRAYAH.INFO, 9 September 2012 - Banyak sekali kitab yang telah membincangkan kewajiban dalam melaksanakan syariah Islam dalam rangka Khilafah.

Kewajipan ini dipandang sangat penting di masa sekarang, sebab secara de facto institusi yang menerapkan syariah Allah (baca: Khilafah Islamiyah) tersebut telah diruntuhkan kaum kafir imperialis pada tahun 1924 yang lalu.

Dalam penantian tersebut, telah banyak usaha yang dilakukan banyak golongan umat Islam untuk mengembalikan kepimpinan Islam tersebut.

Namun banyak juga kalangan kaum muslim yang mengabaikan kewajipan menegakkan institusi ini. Hal tersebut sebenarnya wajar dan menunjukkan betapa berhasilnya usaha yang dilakukan kaum kafir penjajah dan para pengkhianat Islam untuk mengaburkan pandangan kaum muslim terhadap Islam.

Seiring berjalannya waktu, semakin lemah pemahaman dan pemikiran kaum muslim, dan pada saat yang sama, justeru sebaliknya, masuklah pemahaman-pemahaman asing meracuni benak mereka, sehingga Islam dan Negara Khilafah itu seakan-akan benar dilupakan para penghuninya.

Ingin kembali pada Khilafah, mereka lebih memilih hidup dalam naungan sekularisme dan penjajahan ideologi kerana dianggap lebih menjanjikan (walaupun hanya merupakan fatamorgana). Wajar jika revitalisasi Negara Khilafah tersebut seolah sukar difahami, bukan sahaja akibat telah mengkristalnya pemahaman kufur dan idea Barat di benak mereka, tetapi juga kerana telah termarginalisasi dan teraleniasinya idea-idea islam dalam wacana pemikiran mereka. Bahkan sebenarnya keadaan lebih parah lagi, sebab kebanyakan kaum muslim tidak mengetahui apa itu Khilafah.

Oleh kerana itu kitab ini hadir untuk kembali menegaskan, bahawa menegakkan Khilafah Rasyidah yang dijanjikan merupakan kewajipan terbesar kaum muslimin saat ini. Syaikh Ali Belhaj, tokoh besar Parti Front Islamic Salvation (FIS) Algeria merangkumi seluruh dalil Al-Quran dan Hadis yang relevan dan tepat perihal penunjukkan wajib dan pentingnya menegakkan Islam dengan Khilafah.

Tak lupa beliau juga memuatkan seluruh argumentasi rasional yang dikemukakan ulama 'besar pada masa keemasan Islam di masa lampau-yang nampaknya tak akan dipertikaikan. Sebutlah Syaikul Islam Ibnu Taimiyah, Imam Al-Mawardi, Abu Ya'la al-Farra, Ibnu Khaldun, Imam al-Qhurtubi, dan para fuqaha dan mujtahid-mujtahid besar Islam yang lain.

Mari kita semak petikan salah satu pendapat Imam al-Mawardi dalam Al-Ahkam As-Shulthaniyyah, beliau berkata:
"Mengangkat seorang Imam (Khalifah) yang akan menjadi penguasa urusan dunia dan pemimpin umat adalah sebuah kewajiban. Dengan itu, agama dapa terjaga dan kekuasaannya berjalan mengikut hukum-hukum agama "(hlm.29).

Pendapat An-Nawawi dalam Syarh Muslim, juz 12 halaman 205, menyatakan:
"Mereka (para imam mazhab) telah bersepakat bahawa kaum muslim wajib mengangkat seorang Khalifah" (hlm.39)

Mari kita semak juga pendapat Dr. Dhiya'uddin Ar-Rays dalam bukunya, Al-Islam wa al-Khilafah, pada halaman 99 beliau menyatakan demikian:
"Walhasil, Khilafah menduduki kedudukan yang paling penting dalam agama dan selalu diperhatikan oleh kaum muslim. Syariat Islam telah menetapkan bahawa mendirikan Khilafah adalah salah satu kewajipan asas di antara kewajipan agama yang lain, bahkan merupakan kewajiban terbesar (al-Fardh al-A'zham), kerana di atas kekhilafahan-lah bertumpu pelaksanaan seluruh kewajiban lain "(hlm 39-40 ).

Tidak berlebihan kiranya jika kitab ini menjadi rujukan kaum muslimin pada umumnya untuk memahami pentingnya perjuangan dakwah Khilafah, dan pada para pengembang dakwah pada khususnya, untuk membantu mereka meyakinkan dan mengajak kaum Muslim lain untuk menyokong, dan berjuang bersama merumuskan agenda, seraya membina kesamaan visi global Umat Islam iaitu menegakkan kembali Negara Khilafah Islamiyah.

Judul Asli: Tanbih al-Ghafilin wa I; lam al-Ha'irin bi An i'adah al-Khilafah min A'zham Wajibat Hadza ad-Deen

Sumber : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=516716528343061&set=a.109436459071072.17398.100000141544270&type=1&ref=nf

Muka hadapan kitab : Menegakkan Kembali Negara Khilafah, Kewajiban Terbesar Dalam Islam
kitab

Jumaat, 7 September 2012

Khilafah Hampir Tertegak, Bergabunglah Untuk Memperjuangkannya

khilafah
ARRAYAH.INFO, 7 September 2012 - Sekarang, di saat ini perjuangan Khilafah mendirikan sebuah Negara Islam Global hampir berada pada titik hujung pengakhir sebelum ia berjaya ditegakkan.

kempen
Telah banyak masa yang sudah diberikan kesempatan kepada Umat Islam untuk berfikir agar bergabung untuk memperjuangkannya atau tidak.

Kerana saat ini seluruh pejuang Khilafah telah siap menyambut tegaknya Khilafah dan saat itu sungguh sangat tidak lama lagi.

Maka, para pejuang Khilafah telah sampaikan pada kalian yang masih hingga saat ini kalian tidak juga membuka fikiran.

Sungguh ketika Khilafah tegak ia akan akan mencuci otak kalian dan menyedarkan kalian dari hipnotis-hipnotis kufur dan batas-batas sempadan negara asabiyah yang telah lama mengakar dalam diri kalian.

Selain itu, pasti ada halangan yang kuat datang dari penguasa kaum Muslimin sendiri yang berkiblatkan Barat, yang memerintah dengan sistem demokrasi kufur yang merupakan pengkhianatan kepada Allah dan RasulNya.

Bebaskan diri kalian atas kedongkolan jiwa yang kalian tak mau berfikir sedikitpun dan bergabunglah dengan para pejuang Khilafah untuk memahami serta meyakininya, tidak pernah kenal erti jemu dan putus asa di dalam berjuang untuk menegakkan hukum Allah melalui penegakan semula Khilafah.

Walau bagaimana keras dan kuatnya permusuhan serta persekongkolan dan halangan yang datangnya dari Barat dan juga dari penguasa Muslim yang khianat, hal ini sedikit pun tidak akan melambatkan apatah lagi menggugurkan janji Allah dan RasulNya ini.

Betapa kuat sekalipun tekanan dan penyeksaan oleh musuh-musuh Islam di dalam menyekat dan membasmi perjuangan menegakkan kembali Khilafah, hal ini tidak sedikit pun menggentarkan apatah lagi mematahkan semangat dan keimanan para pejuang Khilafah.

Walau betapa kuat dan kerasnya celaan, sinis, putar belit, perli serta maki hamun dari orang Islam sendiri yang tidak mahukan Khilafah, hal ini tidak sedikit pun menggugat keyakinan dan keimanan para pendakwah pejuang Khilafah ini bahawa janji Allah akan pasti tiba jua.

Persoalannya sekarang, apakah kalian ingin bergabung dan menjadi sebahagian dari barisan kaum Muslimin yang dimuliakan oleh Allah kerana berjuang untuk menegakkan agamaNya dan sekali gus merealisasikan janjiNya, atau ingin terus berdiam diri, malah menentang penegakan Khilafah dan hidup terhina di bawah kongkongan sistem dan pemerintahan kufur demokrasi? Hubungi [abuidris/arrayah.info] +60197976069

Rabu, 5 September 2012

Adakah Mengibarkan Bendera Khilafah dan Panji Rasulullah SAW Adalah Satu Kesalahan?

ARRAYAH.INFO, Shah Alam, 5 September 2012 - Gerakan kumpulan yang mengadakan perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, minggu lalu seolah-olah bertujuan memerdekakan negara ini buat kali kedua bagi membentuk sebuah negara republik dan mengubah Perlembagaan menerusi gerakan revolusi.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor berkata, tindakan dilakukan sekumpulan remaja mengibarkan Bendera Sang Saka Malaya dan memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jelas membayangkan wujud dalang yang menghasut.

Nampak banyak petanda akhir-akhir ini dari segi politik yang memberi erti kepada saya seolah-olah ada satu gerakan mahu mencipta kemerdekaan tahap kedua.

Seolah-olah ada satu gerakan yang kita tidak boleh nampak dengan jelas iaitu kumpulan yang tidak sehaluan dengan pemerintah negara ini, katanya.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Benihgerakanbahaya/Article


Persoalan Daripada Berita Di Atas - Adakah Mengibarkan Bendera Khilafah dan Panji Rasulullah SAW Adalah Satu Kesalahan?

Jawapannya tidak kerana umat Islam memang memiliki benderanya sendiri yang diwariskan Rasulullah SAW yang selayaknya untuk dikibarkan.

Apakah anda tahu bahawa Islam memiliki bendera yang khas?
Ketahuilah bahawa Islam merupakan agama yang lengkap mengatur segala aspek hidup salah satunya dalam masalah tata negara, termasuk pengaturan bendera.

Bendera Islam telah dicontohkan oleh Rasulullah SAW seharusnya menjadi rujukan umat. Bendera Rasulullah SAW terdiri daripada:
  1. Al-Liwa' (bendera putih)
  2. Ar-Rayah (panji hitam)
Di dalam bahasa Arab, bendera dinamai dengan Al-Liwa'. Sedangkan panji-panji perang dinamakan dengan Ar-Rayah. Disebut juga dengan al-‘alam. Ar-Rayah adalah panji-panji yang diserahkan kepada pemimpin peperangan, di mana seluruh pasukan berperang di bawah naungannya. Sedangkan Al-Liwa' adalah bendera yang menunjukan posisi pemimpin pasukan, dan ia akan dibawa mengikuti posisi pemimpin pasukan.

Al-Liwa' adalah Al-‘Alam (bendera) yang berukuran besar. Jadi, Al-Liwa' adalah Bendera Negara Islam Global. Sedangkan Ar-Rayah berbeza dengan Al-‘Alam. Ar-Rayah adalah bendera yang berukuran lebih kecil, yang diserahkan oleh Khalifah atau wakilnya kepada pemimpin perang, serta komandan-komandan pasukan Islam lainnya. Ar-Rayah merupakan tanda yang menunjukan bahawa orang yang membawanya adalah pemimpin perang.

Al-Liwa' (Bendera Negara Islam Global) berwarna putih, sedangkan Ar-Rayah (Panji-Panji Perang) berwarna hitam.

Banyak riwayat (hadis) warna Al-Liwa' dan Ar-Rayah, diantaranya :

'Ar-Rayahnya (Panji Peperangan) Rasulullah SAW berwarna hitam, sedang Al-Liwa' (Benderanya) berwarna putih.' (Hadis Riwayat Thabrani, Hakim, dan Ibnu Majah)

Meskipun terdapat juga hadis-hadis lain yang menggambarkan warna-warna lain untuk Al-Liwa' (Bendera Negara Islam Global) dan Ar-Rayah (Panji Peperangan), akan tetapi sebagian besar ahli hadis meriwayatkan warna Al-Liwa' dengan warna putih, dan Ar-Rayah dengan warna hitam.

Tidak terdapat keterangan yang menjelaskan ukuran bendera dan panji-panji Islam di masa Rasulullah SAW, tetapi terdapat keterangan tentang bentuknya, iaitu empat persegi.

'Panji Rasulullah SAW berwarna hitam, berbentuk segi empat dan terbuat dari kain wol' (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Pada Al-Liwa' (Bendera Negara Islam Global) dan Ar-Rayah (Panji Peperangan) terdapat tulisan
‘ لا إله إلا الله محمد رسول الله ’ .

Pada Al-Liwa' yang berwarna dasar putih, tulisan itu berwarna hitam. Sedangkan pada Ar-Rayah yang berwarna dasar hitam, tulisannya berwarna putih. Hal ini dijelaskan oleh Al-Kittani, yang berkata bahawa hadis-hadis tersebut (yang menjelaskan tentang tulisan pada Al-Liwa' dan Ar-Rayah) terdapat di dalam Musnad Imam Ahmad dan Tirmidzi, melalui jalur Ibnu Abbas. Imam Thabrani meriwayatkannya melalui jalur Buraidah al-Aslami, sedangkan Ibnu ‘Adi melalui jalur Abu Hurairah.

Begitu juga hadis-hadis yang menunjukan adanya lafaz
‘ لا إله إلا الله محمد رسول الله ’ , pada bendera dan panji-panji perang, terdapat pada kitab Fathul Bari.

Berdasarkan paparan tersebut diatas, bendera Islam di masa Rasulullah SAW adalah berwarna putih, berbentuk segi empat dan di dalamnya terdapat tulisan
‘ لا إله إلا الله محمد رسول الله ’ dengan warna hitam.

Dan panji-panji perang di masa Rasulullah SAW berwarna dasar hitam, berbentuk persegi empat, dengan tulisan di dalamnya
‘ لا إله إلا الله محمد رسول الله ’ berwarna putih.

Negara Khilafah Islamiyah akan segera bangkit kembali sesuai dengan janji Allah SWT, bagi mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah dan Rasulullah SAW, pasti akan memperjuangkannya dan menantikan dengan hati gembira hadirnya kembali Negara Islam Global yang akan mempersatukan seluruh umat Islam di dunia dalam satu naungan Negara iaitu Khilafah, dalam satu kibaran Bendera iaitu Bendera bertuliskan
لا إله إلا الله محمد رسول الله , iaitu bendera Islam yang akan berkibar di setiap tiang-tiang bendera di seluruh Negeri Muslim di dunia. Insya Allah, Allahuakbar!!

Selasa, 4 September 2012

Kekeliruan Umat Islam Bagaimanakah Panduan Penganjuran Sebuah Majlis

kekeliruan
ARRAYAH.INFO, 4 September 2012 - Ada banyak kekeliruan yang berlaku di dalam masyarakat apabila timbul persoalan bagaimanakah panduan penganjuran sebuah majlis seperti hari raya, kenduri kahwin, ilmu, ceramah, perhimpunan dan lain-lain mengikut hukum syarak.

Berikut adalah sedikit (not limited to) panduan kepada penganjur majlis, jika ingin memastikan majlis yang dianjurkan bertepatan dengan hukum syarak.

Ini bukanlah panduan untuk menganjurkan majlis ilmu dan ceramah sahaja tetapi terpakai untuk semua majlis.

1. TUJUAN
Tujuan penganjuran majlis mestilah tujuan yang diharuskan oleh syarak. Tidak boleh menganjurkan majlis yang akan mendatangkan mudharat, menyerukan kefasiqan dan kefajiran dan lain-lain.

2. TEMPAT
Majlis di tempat yang selamat dari dhoror (bahaya) kecederaan, tidak selesa atau membahayakan nyawa.

3. MASA
Menghormati masa ibadah yang wajib seperti solat fardhu. Tidak boleh majlis menyebabkan hadirin tidak dapat melaksanakan solat maghrib contohnya.

4. JAMUAN
Makanan yang dihidangkan tidak boleh makanan yang haram seperti arak, daging babi, bangkai dan lain-lain. Walaupun hadirin ada yang bukan Islam, makanan yang tidak halal mereka boleh ambil tetapi penganjur tidak boleh hidangkan, kerana hadirin yang muslim tidak boleh hadir dalam majlis yang ada dihidangkan arak.

5. ACARA
• Digalakkan memulakan dengan ayat Al-Quran, zikir dan ditutup dengan tasbih.
• Digalakkan ada tazkirah yang menyeru kepada taqwa, kebaikan dan lain-lain.
• Tidak boleh ada penghibur wanita menghibur majlis yang dihadiri tetamu lelaki.
• Penghibur atau lagu yang dimainkan tidak boleh mendendangkan lagu, puisi, sajak, syair yang berunsur lucah, mencaci, takbur, seruan kepada kefasikan dan kefajiran dan lain-lain.
• Pengacara dan penghibur mestilah memakai pakaian menurut hukum syarak, tidak bertabarruj di hadapan lelaki ajnabi, dan lain-lain.
• Tidak boleh ada unsur tasyabbuh kepada orang kafir iaitu meniru perkara yang terkait pandangan hidup mereka (view of life).

6. HADIRIN
Penganjur perlu memisahkan hadirin lelaki dan wanita supaya tidak ada ikhtilath. Hadirin mestilah memakai pakaian menurut hukum syarak.

maksiat
Pergaulan bebas mengundang maksiat.
Tanggungjawab penganjur adalah memastikan majlis selari dengan hukum syarak. Tanggungjawab tetamu adalah memenuhi undangan.

Tidak wajar atau tidak adil jika penganjur menyebabkan tetamu terpaksa berada di dalam majlis yang tidak selari dengan hukum syarak.

Untuk hadirin yang berada di dalam suatu majlis yang ada unsur yang tidak islamik maka ayat berikut adalah panduan dari Allah SWT,
“Dan apabila kamu melihat orang-orang memperolok-olokkan ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan pembicaraan yang lain...” (TMQ: Al. An’am:68)

Sekiranya hadirin dijemput ke dalam majlis yang tidak Islamik keseluruhannya seperti majlis joget lambak, LGBT dan sebagainya, maka tidak wajib hadir malah haram.

Islam yang dating kepada kita bukanlah hanya terkait dengan ibadah seperti solat, puasa, zakat dan haji, tetapi mencakupi seluruh kehidupan kita. Seluruh perbuatan kita terikat dengan hukum syarak, maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikannya sesuai dengan syarak agar hidup kita diberkati Allah SWT,
“Apa jua yang dibawakan oleh Rasul itu hendaklah kamu pegang dia, dan apa jua yang dilarangnya hendaklah kamu jauhi dia.” (TMQ: Al. Hasyr:7)

“Dan tidaklah wajar bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.” (TMQ: Al. Ahzab:36)

Semoga panduan ini bermanfaat, wallahu ‘alam.

Sumber : Hishamudin Ibrahim, Universiti Malaya
https://www.facebook.com/hishamudin.ibrahim.7

Isnin, 3 September 2012

Hutang Amerika Syarikat Melonjak USD 16,015,769,788,215.80, Tanda Awal Keruntuhannya

ARRAYAH.INFO, Amerika Syarikat, 3 September 2012 - Hutang Amerika Syarikat mencapai USD 16 trilion untuk pertama kalinya, berdasarkan data negara Amerika Syarikat yang baru, seiring jumlah pinjaman kerajaan persekutuan terus bergerak menuju batas pinjaman 16,394 trilion USD, dilaporkan Market Watch.

Jabatan Kewangan mengatakan jumlah keseluruhan hutang negara menginjak angka USD 16,015,769,788,215.80 pada hari Jumaat, naik hingga USD 25 bilion dari hari sebelumnya.

Negara Amerika Syarikat diramalkan akan mengalami defisit antara USD 1.1 trilion hingga USD 1.2 trilion pada tahun fiskal yang akan berakhir 30 September akan datang, yang bererti bahawa pengeluaran akan melebihi jumlah pendapatan cukai dengan jumlah tersebut lebih dari 12 bulan.

Defisit akan tetap besar kerana gabungan pelbagai faktor, walaupun parti Demokrat dan Republik telah berselisih mengenai siapa yang lebih patut dipersalahkan atas peningkatan tahap hutang ini.

Perbelanjaan persekutuan tetap tinggi dan pendapatan cukai tetap rendah, berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.

Saat ini, negara Amerika Syarikat sedang menjalankan defisit purata bulanan sebanyak USD 100 bilion dan kemungkinan akan mencapai batas hutang pada akhir Disember.

Maka Jabatan Kewangan boleh mengambil langkah-langkah kecemasan selama beberapa bulan untuk mencegah Amerika Syarikat dari missing payments.

Setelah kerajaan mencapai batas hutang tertinggi, maka tidak lagi dapat meminjam wang dalam jumlah yang melebihi batas undang-undang. [arrahmah/edit/arrayah.info]

Sumber :http://www.al-khilafah.org/2012/09/utang-nasional-as-mencapai-usd-16.html
Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular