ARRAYAH.INFO, Tunisia, 12 Mac 2012 - Lafaz seruan "Al-Mar'ah Turiid Khilafah Islamiyah" yang bermaksud "Kaum Wanita Menginginkan Khilafah Islamiyah/Negara Islam Global) bergema di Hotel Le Place Tunisia, tempat diadakan persidangan International Women Conference pada hari Sabtu, 10 Mac 2012 yang lepas.
Jumlah para peserta hadir melimpah hingga keluar bangunan. Hotel Le Palace tak mampu menampung peserta persidangan yang datang dari pelbagai penjuru bandar di Tunisia dan dari delegasi pelbagai negara dunia.
Lebih dari seribu peserta hadir di sana. Sebahagiannya rela berdiri kerana kerusi yang sedia telah terisi penuh. Delegasi dari luar Tunisia didominasi Sudan. Tampak juga delegasi dari Yaman, Jordan, Lebanon, Turki, Australia dan Britain. Tentu tak ketinggalan delegasi dari Nusantara iaitu Indonesia. Semuanya menyatu dalam persidangan bersejarah ini.
Persidangan bermula dengan mendengar mesej dari Amir sebuah Parti Islam Global iaitu Hizbut Tahrir iaitu Syeikh Atha bin Khalil Abu Rasytah. Semangat kebangkitan meliputi seluruh agenda persidangan. Amir Hizb mengingatkan bahawa hanya Islamlah yang mampu melindungi hak dan peranan politik perempuan. Sepanjang sejarah sistem kapitalisme tidak pernah memberi jaminan perlindungan kaum perempuan dari penindasan dan gangguan.
Subhanallah, suasana penuh kerinduan akan segera tegaknya khilafah menyelimuti forum persidangan. Banyak peserta menitiskan airmata. Pembicara wakil Yaman menyatakan: "Kaum ibu hanya boleh berperanan maksimum mendidik generasi hanya jika ada Khilafah".
Peserta pun menyambutnya dengan teriakan "Al-Mar'ah Turiid Khilafah Islamiyah" yang bermaksud "Kaum Wanita Menginginkan Khilafah Islamiyah/Negara Islam Global). Demikian seperti disampaikan Muslimah Media Center MHTI, Sabtu, 10/03/2012 secara langsung dari Le Palace Hotel, Tunisia. [mhtipress/syabab.com/bmelayu/arrayah.info]
Sumber : http://syabab.com/akhbar/ummah/2445-laporan-langsung-dari-tunisia-al-marah-turiid-khilafah-islamiyah-kaum-perempuan-menginginkan-khilafah-islamiyyah-f.html
Lihat video liputan Al Jazeera
Lihat Foto:
Kita semua dukung akan kebangkitan dan penerapan kembali syariah dan khilafah!!
BalasPadam