ARRAYAH.INFO, Indonesia, 31 Mac 2012 - Hizbut Tahrir Indonesia di kota Semarang bersama umat di kawasan sekitar mengadakan aksi seruan dengan tema "Tolak Kenaikan Harga Minyak, Tolak Liberalisasi Minyak dan Gas, dan Guna Syariah dan Khilafah." Aksi ini dalam rangka menyikapi rencana pemerintah yang akan menaikkan harga premium minyak dan diesel pada 1 April 2012, dan untuk menyampaikan kepada warga kota Semarang, bahawa polisi itu adalah khianat, bohong, dan zalim.
Hizbut Tahrir melakukan aksi seruan bermula dari depan Masjid Baiturrohman, menyusuri kawasan padat di kota Semarang iaitu Simpang Lima, hingga berakhir di depan videotron Jalan Pahlawan di depan sebelah Gedung DPRD Jawa Tengah. Aksi ini dilakukan setelah solat Jumaat, 30 Mac 2012, pukul satu petang hingga asar tiba.
Dalam seruannya Ustaz Ridwan dari Gema Pembebasan menyeru dengan penuh semangat untuk melaksanakan syariah dan menegakkan khilafah, membuang jauh apitalisme dan sosialisme. Inilah penyelesaian terhadap semua persoalan, termasuk tidak selesainya pengurusan minyak dan gas. Selain itu, Ustaz Ainul Yaqin menegaskan Umat Islam memiliki satu Tuhan, satu Nabi, satu Kitab, mestinya siap diatur dengan undang-undang yang satu dari Allah yang paling mengerti tentang keperluan manusia dan alam seisinya.
Kemudian Ustaz Khoirul Anam menyampaikan cerita dari beberapa kejadian rusuhan adalah "rencana kenaikan harga minyak", bahawa penguasa bertanggungjawab tentang masalah tetapi pergi jalan-jalan ke China dan Korea. Bahkan di sebuah stesen TV swasta nasional diberitakan di Korea, isterinya menonton persembahan boyband. Sungguh tidak ada rasa simpati ketika rakyat dan ibu-ibu yang lain di Indonesia masih merasakan kesan dari rencana kenaikan harga minyak ini. Beginilah pemerintah dalam ideologi kapitalisme.
Aksi seruan ini dilengkapi dengan aksi teatrikal yang menggambarkan betapa penguasa bersahabat dengan pemilik modal kapitalis dan akhirnya yang menjadi korban adalah rakyat. Akan tetapi suatu saat ummat pasti akan bangkit dan kapitalisme akan hancur dengan tegaknya Daulah Khilafah sebuah Negara Islam Global.
Sumber : http://hizbut-tahrir.or.id/2012/03/29/foto-tolak-kenaikan-harga-bbm-10000-massa-hti-kepung-istana-presiden/
Lihat Foto:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan