Sabtu, 7 April 2012
Adakah Benar Janji-Janji oleh Pemerintah Barisan Nasional telah Ditepati?
ARRAYAH.INFO, Batu Pahat, 6 April 2012 - Kerajaan perlu membelanjakan RM43 bilion jika Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan, kata Perdana Menteri hari ini. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan memansuhkan PTPTN itu akan hanya membebankan kerajaan.
Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas desakan daripada parti-parti pembangkang yang bercadang memansuhkan PTPTN jika mereka memenangi pilihan raya umum akan datang ini.
"Hanya ada tiga buah negara di dunia yang menanggung sepenuhnya pengajian tinggi rakyatnya seperti Norway. Tetapi Norway mengenakan cukai yang tinggi terhadap rakyatnya," katanya ketika merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di yang dihadiri 50,000 rakyat di Stadium Batu Pahat di sini, hari ini. - Petikan Bernama
Adakah Benar Janji-Janji oleh Pemerintah Barisan Nasional telah Ditepati?
Berjanji itu harus ditepati dan melanggar janji bererti berdosa. Bukan sekadar berdosa kepada orang yang kita janjikan tetapi juga kepada Allah SWT. Allah SWT telah memerintahkan kepada setiap muslim dan juga para pemerintah untuk melaksanakan janji-janji yang telah dibacanya setiap kali di dalam solat.
"Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam." (Surah Al-An'am : 162)
"Dan tepatilah perjanjian dengan Allah SWT apabila kamu berjanji..." (Surah An-Nahl : 91)
Janji wajib ditunaikan berbentuk sesuatu yang halal dan makruf. Sebaliknya apabila janji itu adalah sesuatu yang mungkar, haram, maksiat atau hal-hal yang bertentangan dengan ketentuan syariat Islam, maka janji itu adalah janji yang batil. Hukumnya menjadi haram untuk dilaksanakan.
Benar, pada bajet 2012 yang lalu Pemerintah telah menggariskan beberapa janji kepada rakyat untuk ditunaikan. Persoalannya, adakah janji-janji itu berlandaskan ketentuan syariat Islam?
Misalnya janji-janji sejak merdeka iaitu berjanji taat setia untuk mematuhi undang-undang yang diwarisi oleh orang kafir atau melakukan kemaksiatan lainnya, maka janji itu adalah janji yang mungkar. Haram hukumnya bagi seorang muslim untuk melaksanakan janjinya itu. Meskipun ketika berjanji, dia mengucapkan nama Allah SWT atau sampai bersumpah. Sebab janji untuk melakukan kemungkaran itu hukumnya batal dengan sendirinya.
Apabila seseorang dipaksa untuk berjanji melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat Islam, tidak ada kewajiban sama sekali baginya untuk menunaikannya. Rakyat sama sekali tidak punya kewajiban untuk melaksanakan janjinya itu. Sebab janji itu dengan sendirinya sudah gugur.
Sebagai Muslim, kita hendaklah sedar bahawa penerapan Islam bukanlah suatu ‘tawaran janji’ yang boleh kita berikan kepada rakyat, tetapi ia adalah sebuah ‘kewajipan’ yang tidak ada tawar-menawar lagi oleh pemerintah. Islam wajib diterapkan walaupun orang-orang kafir membencinya.
Khalifah selaku Ketua Negara wajib menerapkan Islam secara syumul dan kaffah sebaik sahaja Khilafah berjaya ditegakkan. Hal ini hanya dapat (dan wajib) dilakukan dengan menerapkan hukum dari Kitabullah dan Sunnah Rasulullah SAW, bukannya dengan mengekalkan Perlembagaan kufur Lord Reid dengan segala bentuk akta/enakmen yang sedia ada.
Tidak boleh (haram) bagi Khalifah untuk menerapkan Islam secara tadarruj (bertahap) kerana ini bermaksud Khalifah itu akan mencampur-adukkan hukum kufur dengan hukum Islam, walhal Allah SWT mengharamkan kita untuk berhukum dengan hukum kufur ataupun mencampur-adukkan hak dan batil.
Ketahuilah wahai para pemerintah yang beragama Islam walau dimana meraka berada bahawa umat Islam hari ini sedang berusaha sedaya upaya menuntut janji perlaksanaan penerapan syariat Islam secara keseluruhan. Laksanakan tuntutan janji dengan Allah SWT ini, jika tidak anda akan tergolong dikalangan orang-orang kafir.
Allah SWT berfirman bahawa:
'Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan, maka mereka adalah orang-orang yang kafir' [Surah al-Ma’idah (5):44].
Label:
Adakah,
Barisan Nasional,
Benar,
Ditepati,
Janji-Janji,
oleh,
Pemerintah,
telah
Lokasi:
Batu Pahat, Johor, Malaysia
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
ARRAYAH.INFO, 24 Ogos 2012 - Ketika sebuah negara yang mempunyai nisbah hutang terhadap GDP di atas 100% tidak sanggup membayar, apa yang a...
-
ARRAYAH.INFO, Shah Alam, 5 September 2012 - Gerakan kumpulan yang mengadakan perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, minggu lalu se...
-
ARRAYAH.INFO, Nusantara, 29 Mei 2012 - Pengaruh Khalifah terhadap kehidupan politik alam Melayu sudah terasa sejak masa-masa awal berdiri...
-
ARRAYAH.INFO, Kutub Utara, 25 Julai 2012 - Waktu solat dan puasa adalah piawai bagi umat Islam di seluruh dunia ditetapkan mengikut peredar...
-
ARRAYAH.INFO, Shah Alam, 6 Julai 2012 -Semakin ramai diantara kita yang semakin merindui kebangkitan Islam. Malangnya ramai dari kita yan...
-
ARRAYAH.INFO, Islambul, 24 Mei 2012 - Nabi Muhammad SAW pernah bersabda (yang bermaksud) : "Kota Konstantinopel akan jatuh ke tanga...
-
ARRAYAH.INFO, Mesir, 5 Oktober 2012 - Hizbut Tahrir Wilayah Mesir memulakan kempen secara meluas di pelbagai tempat untuk memperkenalkan ...
-
ARRAYAH.INFO, 7 Julai 2013 - Pada Hâsyiyah al-Sindi di dalam Syarah Sunan Ibnu Majah terdapat bab tentang “Kesaksian Melihat Anak Bulan, ...
-
ARRAYAH.INFO, Lubnan, 3 Jun 2012 - Allahuakhbar! Usaha terbaik bantahan yang dilakukan oleh Parti Islam Global iaitu Hizbut Tahrir di Tri...
-
ARRAYAH.INFO, 2 Ogos 2012 - Jika Khilafah sebuah Negara Islam Global akan tertegak, dimanakah wilayah paling tepat dan paling layak untuk m...
Negara ni atas dasar perkongsian kuasa, memecahkan beberapa bahagian kuasa kepada beberapa kaum di Malaysia (yg mana kaum mewakili agama). Jadi konsep ini telah menjadikan Malaysia tidak dikuasai oleh Islam secara mutlak.
BalasPadamOleh yg demikian, Islam juga tidak dapat ditegakkan secara syumul selain memberikan umat Islam berkuasa penuh. Kaedah yg saya nampak ialah, berikan hak memerintah kepada ahlul bait, raja2 yg hak untuk memerintah bersama barisan ulama tauhid.
Allahu a'lam.
Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan, maka mereka adalah orang-orang yang kafir
BalasPadam