ARRAYAH.INFO, Mesir, 6 April 2012 - Dilaporkan bahawa minggu ini adalah minggu bantuan kewangan tersirat Amerika! Amerika telah mengumumkan perlanjutan pemberian bantuan kewangan untuk Mesir yang mencapai 1.3 bilion dolar.
Amerika juga telah mengumumkan tambahan bantuan kemanusiaan untuk Yaman sampai mencapai 55 juta dolar dan bantuan kewangan untuk Tunisia untuk membayar hutangnya mencapai 100 juta dolar!
Bantuan-bantuan itu diumumkan di tengah berlangsungnya pelbagai peristiwa dan kebangkitan revolusi, penumbangan sebahagian pemerintahan dan perjuangan untuk menumbangkan selain mereka. Bantuan-bantuan itu diumumkan pada saat munculnya pelbagai masalah sensitif di pentas politik, terutama masalah hubungan rejim-rejim dengan bantuan-bantuan antarabangsa dan perjanjian-perjanjian "damai" yang ditandatangani dengan entiti pendudukan "negara Yahudi".
Cadangan oleh Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir, untuk pendapat umum bahawa kaum Muslimin perlu mengetahui perkara-perkara berikut:
- Negara kaum Muslimin tidak perlu meminta bantuan daripada sesiapa! Kaum Muslimin menolak (sedekah) musuh umat ini! Bahkan sejak fajar sejarah, negara kaum Muslimin merupakan punca asas makanan yang tidak pernah kering. Lalu bagaimana kita rela hari ini berdiri di pintu-pintu musuh meminta bantuan negara penjahat Amerika atau lain diantara musuh-musuh Islam dan kaum Muslimin?
- Bantuan-bantuan yang diberikan kepada negeri kaum Muslimin itu bersyarat dengan sejumlah arahan dan paksaan tersirat! Seperti, jaminan penjagaan perjanjian-perjanjian damai dengan entiti pendudukan Yahudi, dan yang lain berupa cagaran yang membuat negara kaum Muslimin berada dalam cengkaman Amerika yang menekan kepada para penguasa negara kaum Muslimin sesuatu yang menjadi kepentingan Amerika tanpa peduli dengan pelbagai musibah dan bencana yang akan menimpa negara kaum Muslimin itu!
- Oleh itu, kami di sini melafazkan suara kuat-kuat bahawa kaum Muslimin dan orang-orang yang sedar di antara anak-anak umat ini harus sedar sepenuhnya bahawa Amerika dan barat tidak pernah barang sehari pun menjadi teman umat Islam. Akan tetapi Amerika dan barat adalah musuh, maka berhati-hatilah terhadap mereka. Kejahatan-kejahatan mereka memenuhi bumi dari Timur hingga Barat. Jangan terima dari mereka bantuan dan jangan terima pula pertemanan. Bantuan mereka dipenuhi Arahan, syarat dan cagaran, yang diikuti dengan kepasrahan, subordinasi dan wakil yang akan mengembalikan negara ke keadaan terburuk seperti pada masa-masa para agen semisal Mubarak, Ben Ali, Ali Abdullah Saleh dan Qaddafi.
- Allah SWT telah menganugerahi umat Islam dengan potensi dan kekayaan yang tak terhitung, mulai kekayaan minyak di Libya dan Teluk sampai berbagai kekayaan yang banyak yang lain di negeri Maghribi. Adapun gas Mesir diberikan kepada entiti Yahudi dan itu terjadi namun tidak ada keberatan. Demikian juga fosfat Jordan juga tersia-siakan. Kemudian kekayaan-kekayaan fauna dan potensi laut yang melimpah tidak memberikan manfaat kepada kaum Muslimin sehingga menjadi kesedihan di hati! Dan kekayaan lain. Kekayaan negara kita banyak sekali sampai sukar dikira dalam keterangan akhbar bahkan di dalam buku sekalipun!
Negara yang di dalamnya ada semua kekayaan itu tidak memerlukan bantuan-bantuan Amerika atau barat! Sesungguhnya kemuliaan kaum Muslimin terjadi dengan persatuan diantara mereka di bawah panji tauhid
‘ لا إله إلا الله محمد رسول الله ’ , di dalam satu negara al-Khilafah ar-Rasyidah.
Warga Mesir, Libya, Tunisia, Algeria, Sudan dihimpun oleh ikatan akidah islamiyah yang mewajibkan bahawa keamanan kaum Muslimin adalah satu, perang mereka satu dan kekayaan mereka juga satu, dan bukannya satu negara menjadi negara yang terpisah-pisah antara satu sama lain. Demikian pula keadaan di seluruh negara kaum Muslimin. Kekayaan itu bukanlah milik keluarga Fulan atau raja Fulan atau presiden Fulan! yang dinobatkan oleh barat sebagai pengintai kekayaan umat untuk ditundukkan kepada barat dan agar anak-anak umat dihalang untuk memanfaatkan kekayaan itu padahal itu adalah hak alami mereka yang telah diberikan oleh syarak kepada mereka.
Bantuan-bantuan Amerika dan barat diberikan kepada negeri kaum Muslimin untuk mengawal negeri kaum Muslimin, sumber-sumber dan keputusan-keputusan politiknya. Dengan ungkapan lain, bantuan-bantuan Amerika dan barat itu tidak diberikan kerana kecintaan dan kelembutan kepada kaum Muslimin dan keadaan mereka. Maha Benar Allah Rabbul 'izzah yang berfirman:
"Orang-orang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik tiada menginginkan diturunkannya sesuatu kebaikan kepadamu dari Tuhanmu. Dan Allah menentukan siapa yang dikehendaki-Nya (untuk diberi) rahmat-Nya (kenabian) dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah al-Baqarah [2]: 105)
Sesungguhnya bantuan-bantuan Amerika dan Barat ke negeri kaum Muslimin bererti pendudukan negeri kaum Muslimin secara nyata ...!
Wahai kaum Muslimin, kami, Hizbut Tahrir menyeru anda untuk menolak bantuan-bantuan Amerika dan Barat. Bahkan kumpulkan penolakan di wajah mereka akan konspirasi mereka berbalik menimpakan kehinaan dan kerugian atas mereka.
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan." (Surah Hud [11]: 113)
Utsman Bakhasy
Pengarah Pejabat Media Pusat
Hizbut Tahrir
No: 9/1433 H
Tarikh : 9 Jamadil Awal 1433 H / 1 April 2012 M
Sumber : http://hizbut-tahrir.or.id/2012/04/04/bantuan-amerika-adalah-alat-penjajahan/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan