Isnin, 16 April 2012

Ulama-Ulama di Malaysia kelihatannya Tunduk dan Patuh kepada Arahan Pemimpin Sekular

ulama
ARRAYAH.INFO, Putrajaya, 16 April 2012 - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, di pejabatnya di bangunan Perdana Putra di sini.

Pengerusi jawatankuasa itu, Tan Sri Abdul Shukor Husin, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Datuk Othman Mustapha, para mufti negeri, serta ahli-ahli yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja tiba di pejabat Timbalan Perdana Menteri kira-kira 2 petang.

Pertemuan itu antara lain melibatkan perbincangan mengenai pelbagai isu yang menyentuh soal kepentingan agama dan umat Islam hari ini.

Ia bertujuan mendapatkan input serta dorongan dalam melaksanakan dan memantapkan dasar pentadbiran negara khususnya yang berkait langsung dengan institusi agama, yang amat penting dalam suasana dunia menghadapi pelbagai krisis dan pergolakan. - BERNAMA


Ulama-Ulama di Malaysia kelihatannya Tunduk dan Patuh kepada Arahan Pemimpin Sekular

Wahai kaum Muslimin dan khasnya para Ulama! Sedar dan bangkitlah dari segala kehinaan ini. Sampai bilakah kalian akan berdiam diri dengan apa yang kalian dengar dan saksikan hukum Allah SWT tidak lagi dapat dilaksanakan dan diterapkan?

Jika benar kalian adalah golongan yang membaca Al-Quran, maka sanggupkah kalian hanya berpeluk tubuh mendengar Kalamullah ini dipermainkan?

Apakah kalian ingin bersama dengan mereka yang mempersoalkan hukum Allah SWT yang mana kalian nanti akan dipersoalkan oleh Allah SWT kerananya?

Atau apakah kalian ingin memilih untuk bersama-sama dengan golongan yang berjuang menegakkan hukum Allah SWT dan kalian akan meraih kemuliaan dengannya?

Ya Allah, Engkau adalah Rab yang Maha Mendengar dan Maha Berkuasa! Berikanlah kemuliaan kepada orang yang memuliakan agamaMu dan Berikanlah kehinaan kepada orang yang menghina hukumMu.

Ya Rabbul Izati! Berilah kekuatan kepada kami di dalam menegakkan agamaMu sebagaimana Engkau telah memberi kekuatan kepada kekasihMu Muhammad SAW dan pengikut-pengikut baginda dari kalangan sahabat yang mulia.

Ya Allah! Engkau telah kurniakan kepada para sahabat baginda akan Daulah Khilafah ‘ala minhaj nubuwwah yang dengannya Engkau telah memuliakan orang-orang yang terdahulu dari kami.

Wahai Zat Yang Maha Mendengar! Kami memohon kepadaMu agar Engkau memuliakan kami dengan kembalinya Daulah Khilafah ‘ala minhaj nubuwwah ke pangkuan kaum Muslimin buat kedua kalinya, yang dengan ini tertegaklah semula segala hukum-hukumMu dan tidak ada lagi yang berani menghinanya. Amin ya Rabbal ‘alamin. [edit/abuidris/arrayah.info]

4 ulasan:

  1. tak semua ulama kat malaysia cam tu, ada lagi yg ikhlas inginkan hukum ALLAH benar2 diterapkan..

    BalasPadam
  2. Amin ya ALLAH.. dengan kembalinya Daulah Khilafah ‘ala minhaj nubuwwah ke pangkuan kaum Muslimin buat kedua kalinya, yang dengan ini tertegaklah semula segala hukum-hukumMu dan tidak ada lagi yang berani menghinanya.

    BalasPadam

Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular