ARRAYAH.INFO, Johor Bahru, 21 Mei 2012 – Selepas Sandakan, kini giliran Johor Bahru pula menerima kunjungan Hizbut Tahrir Malaysia di dalam siri jelajah ‘Dialog Negara Islam bersama Hizbut Tahrir Malaysia’.
Lebih kurang 200 orang memenuhi dewan Jade Hall, Hotel Goodhope untuk bersama-sama majlis dialog yang julung kali diadakan oleh Hizbut Tahrir Malaysia ini. Program dimulai lebih kurang jam 9.00 pagi dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sebelum kedua-dua ahli panel mengambil tempat.
Seperti mana di Sandakan, ahli panel dialog kali ini ialah Ustaz Abdul Hakim Othman dan Ustaz Umar Hussein. Ustaz Abdul Hakim yang juga Presiden Hizbut Tahrir Malaysia memberi muqaddimah dengan menjelaskan tentang Hizbut Tahrir dan perjuangan Hizbut Tahrir di seluruh dunia untuk mengembalikan kehidupan Islam dengan jalan menegakkan negara Islam, Khilafah.
Manakala Umar menjelaskan secara terperinci tentang maksud Khilafah itu sendiri yang merupakan sebuah entiti politik antarabangsa umat Islam, yang telah menaungi dunia lebih dari 13 abad dan runtuh pada tahun 1924.
Di sepanjang dialog, kedua-dua ahli panel diajukan dengan pelbagai persoalan yang menyentuh perjuangan Hizbut Tahrir dan juga Khilafah. Walaupun kebanyakan penanya mengajukan persoalan akan kesukaran untuk Hizbut Tahrir merealisasikan cita-cita mulia ini, namun mereka tidak menolak akan kewajipan menegakkan negara Khilafah.
Malah sebahagian dari mereka telah menunjukkan rasa tidak suka berada di bawah sistem demokrasi sekarang yang penuh penipuan dan kezaliman. Kebanyakan dari para penanya meminta penjelasan dari Hizbut Tahrir Malaysia tentang bagaimana cara Hizbut Tahrir menegakkan Khilafah apabila tidak mengambil jalan demokrasi dan kekerasan, yang kesemuanya telah dijawab oleh ahli panel secara ringkas tapi padat.
Presiden Hizbut Tahrir Malaysia seterusnya mengajak para hadirin agar bersama-sama berganding bahu bersama Hizbut Tahrir di dalam memikul tugas yang mulia untuk menegakkan negara Khilafah, agar beban berat ini dapat diringankan dan seterusnya dapat direalisasikan. [myhilafah.com/arrayah.info]
Lihat laporan bergambar
Sumber : http://www.mykhilafah.com/aktiviti-htm/3432-dialog-negara-islam-di-jb-bangkit-kesedaran
Isnin, 21 Mei 2012
Laporan dari Johor - Dialog Negara Islam, Siri Jelajah Malaysia 2012
Label:
Siri Jelajah Malaysia 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
ARRAYAH.INFO, 24 Ogos 2012 - Ketika sebuah negara yang mempunyai nisbah hutang terhadap GDP di atas 100% tidak sanggup membayar, apa yang a...
-
ARRAYAH.INFO, Shah Alam, 5 September 2012 - Gerakan kumpulan yang mengadakan perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, minggu lalu se...
-
ARRAYAH.INFO, Nusantara, 29 Mei 2012 - Pengaruh Khalifah terhadap kehidupan politik alam Melayu sudah terasa sejak masa-masa awal berdiri...
-
ARRAYAH.INFO, Kutub Utara, 25 Julai 2012 - Waktu solat dan puasa adalah piawai bagi umat Islam di seluruh dunia ditetapkan mengikut peredar...
-
ARRAYAH.INFO, Shah Alam, 6 Julai 2012 -Semakin ramai diantara kita yang semakin merindui kebangkitan Islam. Malangnya ramai dari kita yan...
-
ARRAYAH.INFO, Islambul, 24 Mei 2012 - Nabi Muhammad SAW pernah bersabda (yang bermaksud) : "Kota Konstantinopel akan jatuh ke tanga...
-
ARRAYAH.INFO, Mesir, 5 Oktober 2012 - Hizbut Tahrir Wilayah Mesir memulakan kempen secara meluas di pelbagai tempat untuk memperkenalkan ...
-
ARRAYAH.INFO, 7 Julai 2013 - Pada Hâsyiyah al-Sindi di dalam Syarah Sunan Ibnu Majah terdapat bab tentang “Kesaksian Melihat Anak Bulan, ...
-
ARRAYAH.INFO, Lubnan, 3 Jun 2012 - Allahuakhbar! Usaha terbaik bantahan yang dilakukan oleh Parti Islam Global iaitu Hizbut Tahrir di Tri...
-
ARRAYAH.INFO, 2 Ogos 2012 - Jika Khilafah sebuah Negara Islam Global akan tertegak, dimanakah wilayah paling tepat dan paling layak untuk m...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan