ARRAYAH.INFO, Maghribi, 23 Mei 2012 - Allahu Akbar, masa depan benar-benar di tangan Islam, fajar Khilafah akan memancarkan cahayanya. Ketika anak-anak di sini sibuk dengan bermain-main, bahkan tak sedikit yang terkotori budaya Barat, tapi tidak bagi anak-anak ahli Parti Islam Global iaitu Hizbut Tahrir. Empat anak-anak Hizbut Tahrir berkata lantang menyeru penghapusan penindasan dan menggantikannya dengan sistem Khilafah sebuah Negara Islam Global.
Mereka adalah anak-anak dari Thami Najim, seorang anggota Hizbut Tahrir yang dipenjara oleh rejim Maghribi. Keempat-empat anak tersebut yang terdiri dari Jihad Najim, Muhammad Najim, Syahid Najim dan Amin Najim berbicara tentang pemenjaraan ayahnya oleh rejim korup Maghribi.
"Wahai kaum Muslim di Maghribi, kami menggalakkan anda untuk menghapuskan penindasan di negeri kita," kata Muhammad Najim.
"Rejim Maghribi telah menangkap ayah kami dan telah melenyapkannya dari kami, hanya disebabkan ia berusaha untuk meninggikan kalimah Tuhan kami dan menolong agama kami, Islam yang agung, melalui usahanya bersama Hizbut Tahrir," tambahnya lagi.
Beliau berkata, Hizbut Tahrir sebagai sebuah parti politik Islam Global yang bekerja untuk membangkitkan kaum Muslim dan membolehkan kaum Muslim kembali menjadi penguasa dunia dan membina kembali Khilafah, janji Allah dan khabar gembira dari Rasulullah SAW.
Selanjutnya, ia membacakan firman Allah SWT dalam Surah An-Nuur ayat 55,
"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar [keadaan] mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa."
Ia juga membacakan hadis Rasulullah SAW bersabda,
"Di tengah-tengah kalian terdapat masa Kenabian yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu ketika Dia berkehendak untuk mengangkatnya.
Kemudian akan ada masa Kekhilafahan yang mengikuti manhaj Kenabian yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu saat Dia berkehendak untuk mengangkatnya.
Kemudian akan ada masa kekuasaan yang zalim yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu ketika Dia berkehendak untuk mengangkatnya.
Kemudian akan ada masa kekuasaan diktator yang menyengsarakan, yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu saat Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Selanjutnya akan muncul kembali masa Kekhilafahan yang mengikuti manhaj kenabian." Setelah itu Beliau diam. (Hadis Riwayat Ahmad).
Jihad Najim, abang tertua dari empat bersaudara tersebut mengingatkan kaum Muslim bahawa jika mereka tidak menghapuskan penindasan yang terjadi dan menukar realiti kehidupan yang buruk ini, maka tidak ada kebaikan pada umat ini.
"Wahai ayah! Bersabarlah dan berpegang teguhlah, sesungguhnya balasannya adalah Syurga Jannah dengan izin Allah, dan untuk saudara-saudara Hizbut Tahrir, semoga Allah membalas pekerjaan," ujar Jihad Najim.
Ia dengan tegas menyatakan bahawa kemenangan datang tanpa diragukan lagi, dengan izin Allah, tidak peduli seberapa lama lagi penindasan akan ada, pada akhirnya semua itu akan lenyap.
Demikianlah, keberanian anak-anak Hizbut Tahrir di mana pada usia yang sangat muda tersebut, ia telah serius memikirkan urusan umat ini dan menyeru kaum Muslim untuk menegakkan Khilafah. Lalu bagaimana dengan anak-anak di negeri ini, terutamanya di Malaysia? Bagaimana pula dengan anak-anak kita? Yang jelas idea-idea liberal kebebasan para penjajah terus menerus ditancapkan ke benak anak-anak negeri ini, mengancam masa depan mereka.
Masa depan ada di tangan Islam, ada di tangan generasi muda muslim hari ini. Sudah tiba masanya, kaum Muslim mendidik dan membina anak-anak mereka dengan Islam secara utuh di saat sistem sekular berusaha mencengkam dan merosakkan akidah mereka sesuai dengan kepentingan penjajah.
Tentu, kaum Muslim tidak boleh membiarkan kerosakan generasi Muslim terus berlanjutan. Harus segera lahir, sebuah generasi yang menjadikan Islam sebagai standard hidup, kerana dengan agama yang mulia inilah segala bentuk penjajahan di muka bumi akan dihapuskan. Insya Allah, fajar Khilafah tengah memancar!
Takbir, Allahu Akbar! [syabab.com/arrayah.info]
Sumber : http://www.syabab.com/akhbar/ummah/2600-inilah-empat-singa-anak-anak-hizbut-tahrir-bicarakan-pemenjaraan-ayah-mereka-oleh-rezim-video.html
Lihat video
Rabu, 23 Mei 2012
Masa Depan Ada Di Tangan Islam, Di Tangan Generasi Kami, Generasi Muda Islam
Lokasi:
Morocco
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
ARRAYAH.INFO, 24 Ogos 2012 - Ketika sebuah negara yang mempunyai nisbah hutang terhadap GDP di atas 100% tidak sanggup membayar, apa yang a...
-
ARRAYAH.INFO, Shah Alam, 5 September 2012 - Gerakan kumpulan yang mengadakan perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, minggu lalu se...
-
ARRAYAH.INFO, Nusantara, 29 Mei 2012 - Pengaruh Khalifah terhadap kehidupan politik alam Melayu sudah terasa sejak masa-masa awal berdiri...
-
ARRAYAH.INFO, Kutub Utara, 25 Julai 2012 - Waktu solat dan puasa adalah piawai bagi umat Islam di seluruh dunia ditetapkan mengikut peredar...
-
ARRAYAH.INFO, Shah Alam, 6 Julai 2012 -Semakin ramai diantara kita yang semakin merindui kebangkitan Islam. Malangnya ramai dari kita yan...
-
ARRAYAH.INFO, Islambul, 24 Mei 2012 - Nabi Muhammad SAW pernah bersabda (yang bermaksud) : "Kota Konstantinopel akan jatuh ke tanga...
-
ARRAYAH.INFO, Mesir, 5 Oktober 2012 - Hizbut Tahrir Wilayah Mesir memulakan kempen secara meluas di pelbagai tempat untuk memperkenalkan ...
-
ARRAYAH.INFO, 7 Julai 2013 - Pada Hâsyiyah al-Sindi di dalam Syarah Sunan Ibnu Majah terdapat bab tentang “Kesaksian Melihat Anak Bulan, ...
-
ARRAYAH.INFO, Lubnan, 3 Jun 2012 - Allahuakhbar! Usaha terbaik bantahan yang dilakukan oleh Parti Islam Global iaitu Hizbut Tahrir di Tri...
-
ARRAYAH.INFO, 2 Ogos 2012 - Jika Khilafah sebuah Negara Islam Global akan tertegak, dimanakah wilayah paling tepat dan paling layak untuk m...
Semoga bangsa islam lebih maju lagi dan para generasi2 umat islam ke depan lebih bisa membangun untuk lebih menjadikan islam yang kuat... amin
BalasPadam