ARRAYAH.INFO, Arizona, 15 Mei 2012 - Seorang pelajar Islam Yaman yang belajar di Arizona, Amerika Syarikat dipaksa untuk melakukan perbuatan zina oleh 5 pelajar Kafir di bangunan pangsapuri yang berdekatan dengan kampus tempat dia menuntut ilmu.
Sebagaimana diberitakan oleh Al Arabiya pada 13 Mei 2012 yang lepas 5 perempuan Kafir tersebut merupakan teman satu fakulti yang memasuki pangsapuri yang didiami oleh Isham As Syar'abi.
Kemudian mereka menanggalkan pakaian setelah mengunci pintu pangsapuri untuk menghalang agar pelajar Yaman tersebut tidak boleh melarikan diri.
Namun begitu, Isham berjaya keluar dari pangsapuri setelah melompat melalui tingkap biliknya.
Selepas berjaya keluar, Isham melapor ke balai keselamatan berdekatan hingga pegawai keselamatan berjaya menangkap 5 pelajar tersebut.
Menurut hasil siasatan, diketahui bahawa para pelajar wanita tersebut telah berkali-kali mengajak Isham melakukan perbuatan zina.
Namun pemuda Yaman itu menolaknya kerana menurutnya perkara itu dilarang oleh agama jika tidak didasari oleh perkahwinan. [hidayatullah.com/arrayah.info]
Sumber : http://www.hidayatullah.com/read/22642/14/05/2012/pelajar-yaman-tolak-paksaan-zina-5-remaja-as.html
Perintah dari Allah - Jangan dekati zina! Haram Melakukannya!
"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Surah Al Isra’: 32 ).
Ayat ini mengharamkan mendekati zina, larangan untuk melakukan zina jelas lebih keras lagi. Zina disebut sebagai "fahisyah" yakni perbuatan keji atau kotor yang sudah mencapai tingkat yang tinggi. Diakui kekejiannya oleh setiap orang yang berakal, bahkan dilakukan sebagian banyak binatang.
Dari Abu Umamah:
Sesungguhnya seorang pemuda mendatangi Nabi SAW lalu berkata;
Wahai Rasulullah SAW! Izinkan aku untuk berzina. Orang-orang mendatanginya lalu melarangnya, mereka berkata; diamlah!.
Rasulullah SAW bersabda; "Mendekatlah." Ia mendekat lalu duduk kemudian Rasulullah SAW bersabda; "Apa kau menyukainya (orang lain) berzina dengan ibumu?" pemuda itu menjawab; Tidak, demi Allah wahai Rasulullah, semoga Allah menjadikanku sebagai penebus Tuan.
Nabi SAW bersabda; "Orang-orang juga tidak menyukainya berzina dengan ibu-ibu mereka."
Rasulullah SAW bersabda; "Apa kau menyukainya berzina dengan puterimu?" Tidak, demi Allah wahai Rasulullah semoga Allah menjadikanku sebagai penebus Tuan.
Nabi SAW bersabda; "Orang-orang juga tidak menyukai berzina dengan puteri-puteri mereka." Kemudian Rasulullah Saw meletakkan tangan beliau pada pemuda itu dan berdoa;
"Ya Allah! Ampunilah dosanya, bersihkan hatinya, jagalah kemaluannya." Setelah itu pemuda itu tidak pernah melirik apa pun. [Hadis Riwayat Ahmad, No. 21185]
Zina merupakan kejahatan yang sangat besar yang memberi kesan amat buruk kepada penzina itu sendiri, khususnya dan kepada seluruh umat amnya. Di zaman sekarang di mana banyaknya saluran dan media yang berusaha menyeret kearah perbuatan keji ini, maka amat perlu untuk setiap orang mengetahui bahaya dan akibat buruk yang timbul dari dosa zina. Kita semua hendaklah lebih berhati-hati dan berwaspada agar tidak terjerumus, hatta, walaupun hanya mendekatinya.
Realiti kenyataan zina itu tak hanya terjadi di Barat, tapi juga di Dunia Islam, termasuk Malaysia. Malaysia yang sekular juga tidak menjadikan Syariah untuk mengatur interaksi dan pergaulan lelaki dengan perempuan. Akibatnya pun sama dengan yang ada di masyarakat Barat, iaitu timbulnya berbagai penyakit sosial yang kronik yang sulit disembuhkan. Sungguh, tidak ada ubat yang mujarab untuk penyakit itu, kecuali penerapan Syariat Islam secara keseluruhan oleh Daulah Khilafah sebuah Negara Islam Global, bukan yang lain. Insya Allah, ia mesti dilaksanakan. [abuidris/arrayah.info]
Selasa, 15 Mei 2012
Seorang Remaja Lelaki Mesti Menolak Paksaan Zina 5 Remaja Perempuan
Lokasi:
Arizona, USA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
ARRAYAH.INFO, 24 Ogos 2012 - Ketika sebuah negara yang mempunyai nisbah hutang terhadap GDP di atas 100% tidak sanggup membayar, apa yang a...
-
ARRAYAH.INFO, Shah Alam, 5 September 2012 - Gerakan kumpulan yang mengadakan perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, minggu lalu se...
-
ARRAYAH.INFO, Nusantara, 29 Mei 2012 - Pengaruh Khalifah terhadap kehidupan politik alam Melayu sudah terasa sejak masa-masa awal berdiri...
-
ARRAYAH.INFO, Kutub Utara, 25 Julai 2012 - Waktu solat dan puasa adalah piawai bagi umat Islam di seluruh dunia ditetapkan mengikut peredar...
-
ARRAYAH.INFO, Shah Alam, 6 Julai 2012 -Semakin ramai diantara kita yang semakin merindui kebangkitan Islam. Malangnya ramai dari kita yan...
-
ARRAYAH.INFO, Islambul, 24 Mei 2012 - Nabi Muhammad SAW pernah bersabda (yang bermaksud) : "Kota Konstantinopel akan jatuh ke tanga...
-
ARRAYAH.INFO, Mesir, 5 Oktober 2012 - Hizbut Tahrir Wilayah Mesir memulakan kempen secara meluas di pelbagai tempat untuk memperkenalkan ...
-
ARRAYAH.INFO, 7 Julai 2013 - Pada Hâsyiyah al-Sindi di dalam Syarah Sunan Ibnu Majah terdapat bab tentang “Kesaksian Melihat Anak Bulan, ...
-
ARRAYAH.INFO, Lubnan, 3 Jun 2012 - Allahuakhbar! Usaha terbaik bantahan yang dilakukan oleh Parti Islam Global iaitu Hizbut Tahrir di Tri...
-
ARRAYAH.INFO, 2 Ogos 2012 - Jika Khilafah sebuah Negara Islam Global akan tertegak, dimanakah wilayah paling tepat dan paling layak untuk m...
dunia nak kiamat.. ade ke patut pompuan kejor lelaki, pastu pakse berzina pulak tu, kesian budak laki tu.
BalasPadamYa Benar... penerapan Syariat Islam secara keseluruhan oleh Daulah Khilafah.
BalasPadamAlhamdulillah, betapa kuatnya iman dan hati pemuda itu. Kebanyakannya kalau dapat situasi macam ni memang takkan lepaskan peluang..
BalasPadamBila nafsu dh mnguasai akal, mcm2 boleh brlaku.
BalasPadamhttp://5zol-saidsomething.blogspot.com/
Alhamdulillah, masih ada lelaki sekental iman Nabi Yusuf A.S
BalasPadamAlhamdulillah, masih ada lelaki sekental iman Nabi Yusuf A.S
BalasPadamApa kata gambar hiasan tu ditukar dgn gambar lain yg tak lucah.
BalasPadamastaghfirullah saudara tolonglah kami padam imej tu memang berahi tengok..matlamat tk menghalalkan cara kalau nk berdakwah pun janganlah masuk unsur lucah..batal air sembahyang eden..
Padamgambarnya ganti mas,, kurang wara. bisa yang lebih sopan..
BalasPadamPergh! Kalau Anwar IBerahi, takdenyer nak tolak mcm Isham buat ni.. rezeki katanya..
BalasPadamsungguh luar biasa.. pemuda yg mampu menjaga imannya..
BalasPadammaaf, jika gambar diatas mengganggu pikiran negatif kalian. tapi...
BalasPadamjika sudah berkahwin, maka datangilah isteri-isteri kalian.
Allah SWT berfirman: "Isteri-isteri kamu adalah umpama kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai..." (Surah al-Baqarah: 223)
jika belum mampu berkahwin
"Wahai para pemuda, barangsiapa dari kalian mampu memberi nafkah maka hendaknya dia menikah kerana ia lebih menundukkan pandangan dan lebih menjaga kemaluan. Barangsiapa belum mampu maka hendaknya dia berpuasa kerana ia dapat memelihara dirimu" (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
wahh kalau cam ni bek letak gambar vid playboy trus..sila padam gambar lucah tu dari berunsur dakwah. orang yahudi ketawakan.
PadamYa Allah ya tuhanku..peliharakanlah saudara kami ini dan diri kami dari keegoan, kesesatan dan tipudaya iblis laknatullah
Padamnasib baik aku fail exam..kalau aku best student ari tu, dah tentu aku sambung kat US....jahanam aku!!
BalasPadamSusah nak cari pemuda macam tu zaman sekarang ni. Alhamdulillah masih ada
BalasPadamTerbaru >Selamat Hari Guru >Hospital Kuala Lumpur (HKL) Terbakar ! >Serangan Nafsu - 3 Serangkai - Jenayah Masa Kini
Susah sangat ke nak padam gambar gila tuuu???Sensitif la sikit nak jadi pendakwah!!!
BalasPadamy sibukkn gambar 2 buat ape..ad je alasan..tiada manusia y sempurna..setakat gambar mcm 2,tgk kat internet p0n da b0leh.t0l0ng kembangkan otak masing2
BalasPadamramai komen pasal gambar. eloklah buang gambar tu
BalasPadamini web macam apa pula, kasih artikel tapi menyelewengkan artikel dasar dungu. tau judulnya dan isinya bagus eee di akhiri gambar ga jelas. lo tu dungunya ga karuan, begonya dipelihara beranak pinak.
BalasPadam