Laporan itu menunjukkan bahawa:
- Ramai pemimpin puak dan pemimpin Islam yang berada di sana.
- Banyak organisasi yang berbeza telah menghantar perwakilan mereka.
- Kumpulan belia atau delegasi turut berucap pada persidangan itu.
- Orang ramai semakin melihat Khilafah sebuah Negara Islam Global sebagai penyelesaian, dan berazam untuk memastikan akhir revolusi dalam penyelesaian Islam.
Hizbut Tahrir Yaman telah Berjaya Menyelenggarakan Persidangan Ini
Hizbut Tahrir Yaman menyatakan bahawa para pemuda telah sedar bahawa revolusi mereka dirampas oleh Barat dan menegaskan bahawa rakyat Yaman saat ini tengah mengusahakan alternatif mengikut Islam.
Para pemimpin suku bersama dengan para pemuda menghadiri persidangan Islam pada Khamis bertarikh 14 Jun 2012 dan menggemakan seruan mereka untuk menegakkan Khilafah sebuah Negara Islam Global yang tak lama lagi akan dapat direalisasikan.
Para peserta persidangan bergemuruh meneriakkan takbir dan sama-sama mendengungkan "Saatnya Khilafah Ditegakkan".
Selama persidangan, pembicara utama mengumumkan bahawa Hizbut Tahrir mempunyai perlembagaan Islam yang siap untuk diterapkan di Yaman, Mesir, Tunisia, dan lebih dari 40 buah negara lain tempat kelompok ini melakukan aktiviti.
Banyak dari mereka yang menghadiri persidangan Islam mendapat kesempatan mengungkapkan pandangan dan pendapat mereka di atas pentas. Salah seorang pemuda yang revolusioner menyatakan kekesalannya atas perubahan arah revolusi yang telah mereka usahakan.
Banyak dari mereka yang hadir juga menegaskan penolakan terhadap demokrasi yang bertentangan dengan hukum Islam.
Menurut penceramah persidangan, dunia Islam sekarang di ambang kebangkitan Islam yang akan menamatkan sistem kapitalis dan menyatukan semua kaum Muslim. [khilafah.com / arrahmah / al-khilafah.org]
Sumber : http://www.khilafah.com/index.php/multimedia/video/14111-video-press-tv-report-on-hizb-ut-tahrirs-khilafah-conference-in-yemen
Lihat laporan video
Tiada ulasan:
Catat Ulasan