Sabtu, 14 Julai 2012

Satu Kebenaran atau Satu Penipuan? Najib kata Perjuangan Kerajaaan Pusat Berteraskan Islam

ARRAYAH.INFO, Klang, 14 Julai 2012 - Perdana Menteri Malaysia, Najib berkata perjuangan Kerajaan Persekutuan masa kini adalah berteraskan tuntutan Islam di bawah konsep Maqasid Al-Shariah.

Dasar Maqasid Al-Shariah yang diamalkan kerajaan ialah memelihara dan memperkasakan Islam namun pada masa sama, ia memelihara jiwa dan menghormati hak asasi manusia baik untuk Muslim dan juga bukan Muslim.

Jauh sekali kita meminggirkan Islam ataupun ketepikan Islam tetapi perjuangan kita ialah perjuangan yang dituntut oleh Islam. - Bernama


Satu Kebenaran atau Satu Penipuan? Najib kata Perjuangan Kerajaaan Pusat Berteraskan Islam

Perlu diingat bahawa rahmat Shariah Islam untuk sekelian alam adalah natijah dari pelaksanaannya, bukannya setakat melakukan perjuangan sahaja oleh Kerajaan Pusat yang memang memiliki kekuasaan untuk menerapkannya.

Sarjana Islam seperti Al-Ghazali telah mengulas dengan panjang lebar tentang maslahat yang terkandung dalam penerapan hukum Islam secara umum (Maqasid Al-Shariah). Ada lima maslahat yang dijaga oleh Islam iaitu:-
  1. nyawa
  2. akal
  3. agama
  4. harta 
  5. kehormatan
Nilai-nilai luhur untuk memelihara masyarakat mesti berasaskan perintah dan larangan Allah SWT, bukannya ditentukan di Parlimen oleh manusia. Aturan ini sentiasa tetap keadaannya dan tidak akan berubah.

Pemeliharaan terhadap keturunan manusia (nasab), akal, maruah manusia, nyawa, harta milik peribadi, agama, keamanan dan negara, merupakan objektif luhur untuk menjaga masyarakat.

Perlaksanaan pemeliharaan tujuan-tujuan ini hukumnya adalah wajib kerana ia merupakan perintah-perintah dan larangan-larangan Allah SWT.

Oleh itu, perbincangan tentang perkara ini bukan dibuat berdasarkan maslahat yang ada atau yang ingin dicapai, tetapi perkara ini wajib difahami untuk diterapkan di dalam kehidupan.

Kerajaan Pusat yang lalai dan menyebabkan kerosakan masyarakat kerana tidak menerapkan perkara ini akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT di atas kelalaian mereka.

Nilai-nilai luhur tersebut adalah:-
  1. Penjagaan Terhadap Nyawa Manusia.
    Terdapat banyak nas-nas Al-Quran dan Al-Hadis dalam perkara ini. Jika terjadi pembunuhan tanpa hak, maka pelakunya wajib dihukum mengikut hukum Islam, samada diqisas, diyat atau diampunkan (oleh waris si mati). Perlaksanaan hukum qisas adalah untuk memastikan nyawa manusia lain terjaga kerana hakikatnya jika orang yang berakal mengetahui bahawa apabila ia membunuh, ia akan dibunuh, maka ia tidak akan melakukan pembunuhan.
    Allah berfirman,
    “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qisas.....” [TMQ Al-Baqarah (2):178].
    “Dan dalam qisas itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, wahai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa” [TMQ Al-Baqarah (2):179].
  2. Penjagaan Terhadap Harta Individu.
    Pemilikan harta individu dalam Islam adalah suatu yang hak, malah digalakkan oleh syara’, selagi ia diperolehi dengan cara yang halal. Islam menjaga dan mengiktiraf hak individu (yang diperolehi secara sah). Seseorang yang mati kerana mempertahankan hartanya dari dirampas oleh orang lain diberi status syahid oleh Allah SWT. Kepada perampas harta benda orang, Allah SWT mengenakan had potong tangan (mandatori) sebagai balasan di atas kejahatan yang mereka lakukan. Firman Allah SWT,
    “Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan dari Allah dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. [ TMQ Al-Maidah (5):38]
    Ayat di atas bukan sekadar untuk dibaca, ia adalah perintah Allah kepada Najib dan Kerajaan Pusat untuk menerapkan hukum Allah. Potong tangan adalah salah satu dari hududullah. Hukum ini wajib diterapkan. Hukum Allah bukanlah perkara remeh yang boleh dipermain-mainkan, apatah lagi jika ditukar dengan hukum kufur peninggalan British. Cukuplah kita menyaksikan kegagalan undang-undang ciptaan manusia yang ada pada hari ini. Yakinlah wahai kaum Muslimin bahawa hukuman potong tangan bagi pencuri, jika dilaksanakan pasti akan menjadi pembendung utama untuk jenayah harta ini.
  3. Penjagaan Terhadap Akal (Arak dan Unsur-unsur yang Memabukkan)
    Masyarakat yang luhur adalah sebuah masyarakat yang mana sifat dan perbuatannya adalah lebih mulia dari binatang. Allah SWT menganugerahkan akal untuk membezakan manusia dari haiwan. Untuk memastikan manusia sentiasa dapat menggunakan akalnya untuk beribadah kepada Allah SWT, yang menjadi tujuan kepada penciptaannya, Islam telah mengharamkan penggunaan bahan-bahan yang bersifat menutupi akal seperti ganja, heroin, morfin dan seumpamanya. Perlanggaran hukum ini akan menyebabkan pelakunya dikenakan had khamar iaitu sebatan sebanyak 40 kali atau 80 kali (bergantung kepada ijtihad Khalifah). Penyalahgunaan dan pengedaran dadah pula akan dikenakan hukuman ta’zir yang berat di dalam Islam.
  4. Penjagaan Terhadap Nasab (Keturunan)
    Unit-unit yang membentuk masyarakat dan menyumbangkan anggota kepada masyarakat adalah keluarga. Dari keluargalah bermulanya nasab yang kemudiannya membesar dan seterusnya membantu kepada terbentuknya sebuah masyarakat. Unit-unit ini dijaga oleh Islam melalui beberapa hukum berkaitan, umpamanya hukum perkahwinan, aurat dan pewarisan/wasiat. Di dalam sebuah masyarakat yang rosak, hal-hal nasab sebegini tidak pernah dijaga. Sesungguhnya mereka yang tidak berhukum dengan hukum Allah dan menerapkan hukum ciptaan akal yang lahir dari proses demokrasi adalah lebih keji kerana merekalah yang telah membiarkan perbuatan terkutuk ini berlaku di bumi Allah. Allah SWT telah menetapkan hukumanNya ke atas penzina dan ini haram untuk diubah oleh sesiapapun. Bagi mereka yang telah berkahwin (muhsan), maka hukuman rejam akan dikenakan dan yang belum kahwin (ghairu muhsan), maka 100 kali sebatan akan menjadi penghapus dosa mereka. Penguatkuasaan hukum sebeginilah yang pasti akan dapat menyelamatkan jalur keturunan dan menjamin kesejahteraan rumah tangga, seterusnya masyarakat.
    "Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.” [TMQ An-Nur (24):2]
  5. Penjagaan Terhadap Agama.
    Kita semua meyakini bahawa satu-satunya aqidah yang benar adalah aqidah Islam. Oleh itu, tidak diperbolehkan bagi manusia untuk menganut aqidah lain selain dari aqidah ini. Islam adalah satu-satunya aqidah yang diredhai oleh Allah SWT. Sesiapa sahaja, setelah menganut aqidah ini, berpaling darinya, maka Allah SWT tidak akan lagi memberikan kehidupan baginya.
    Rasulullah SAW bersabda,
    “Barang siapa yang menukar agamanya maka bunuhlah dia.” [Riwayat Jemaah kecuali Muslim].
    Selagi hukum bunuh tidak diterapkan ke atas si murtad, selagi itulah kita akan menyaksikan kes-kes murtad ini terus muncul. Dan selagi itu jugalah kita akan menyaksikan pemimpin-pemimpin kita dibaluti dengan dosa-dosa yang tak terhingga besarnya kerana telah merubah hukum Allah dengan tangan-tangan mereka, seterusnya menyebabkan kekufuran berpesta di muka bumi.
  6. Penjagaan Terhadap Kehormatan Anggota Masyarakat.
    Kehormatan setiap manusia dijaga oleh Islam di mana Islam melarang umatnya melakukan aktiviti mencela, mengutuk atau mengumpat orang lain. Sesungguhnya Islam datang lengkap dengan mekanisma perlaksanaan yang jitu dalam setiap masalah. Dalam hal ini, Islam menetapkan hukum untuk orang yang menuduh seseorang berzina, iaitu disebat sebanyak 80 kali. Sedangkan ta’zir pula akan dikenakan untuk perbuatan seperti mencela, memfitnah, menghina dan yang seumpamanya.
    Firman Allah di dalam Al-Quran,
    “Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. dan mereka itulah orang-orang yang fasik.” [TMQ An-Nur (24):4]
  7. Penjagaan Terhadap Kehormatan Anggota Masyarakat.
    Kehormatan setiap manusia dijaga oleh Islam di mana Islam melarang umatnya melakukan aktiviti mencela, mengutuk atau mengumpat orang lain. Kehormatan ini jika hanya dijadikan arahan dan perintah sahaja tanpa ada mekanisma untuk memastikan agar ianya dilaksanakan maka ia akan hanya menjadi panduan kepada orang yang patuh sahaja. Sesungguhnya Islam datang lengkap dengan mekanisma perlaksanaan yang jitu dalam setiap masalah. Dalam hal ini, Islam menetapkan hukum untuk orang yang menuduh seseorang berzina, iaitu disebat sebanyak 80 kali. Sedangkan ta’zir pula akan dikenakan untuk perbuatan seperti mencela, memfitnah, menghina dan yang seumpamanya. Firman Allah di dalam Al-Qur’an,
    “Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. dan mereka itulah orang-orang yang fasik.” [TMQ An-Nur (24):4]
  8. Penjagaan Terhadap Keamanan Masyarakat.
    Masyarakat mendambakan keamanan dan suasana harmoni dari ancaman fizikal yang mengganggu gugat kehidupan mereka. Kegagalan sistem yang ada di dalam membenteras jenayah yang mengganggu ketenteraman masyarakat.
    Inilah realiti yang terpampang di depan mata. Kes ragut sudah menjadi fenomena biasa, ada kalanya hingga menyebabkan kematian. Bagi mereka yang mempunyai anak perempuan pula, ketakutan menyelubungi hidup dengan berhadapan kisah menyayat hati kanak-kanak perempuan dirogol dengan kejam yang tak berkesudahan.
    Najib dan Kerajaan Pusat pula meletakkan kesalahan kepada keluarga dan masyarakat.
    Demi Allah! Kamu wahai para pemimpin, akan disoal oleh Allah di akhirat esok atas setiap penderitaan yang dialami oleh rakyatmu, yang sepatutnya kamu pelihara.
    Demi Allah! Kaki kamu tidak akan dapat melangkah sedikitpun di padang mahsyar nanti sehingga Allah menyelesaikan urusanNya ke atas kamu.
    Demi Allah! Allah sekali-kali tidak akan melepaskan kamu dengan setiap dosa yang kamu kerjakan.
    Wahai kaum Muslimin! Islam telah meletakkan hukuman yang cukup keras ke atas pengacau keamanan ini. Mereka yang dikategorikan sebagai Qat’u-Thariq ini (lanun, perompak dsb.) akan dihukum sesuai dengan firman Allah,
    “Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan rasul-Nya dan membuat kerosakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya), yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka di dunia, dan di akhirat mereka beroleh seksaan yang besar.” [TMQ Al-Maedah (5) : 33]
  9. Penjagaan Terhadap Keutuhan Negara
    Negara merupakan satu institusi penting dalam masyarakat Islam di mana kewujudan negara itu sendiri merupakan thariqah (method) untuk melaksanakan hukum syara’ di dalam masyarakat.
    Islam datang menjaga keharmonian umatnya dan mempersatukan mereka dalam satu negara, Daulah Khilafah. Banyak nas yang melarang umat Islam membelot atau menentang Negara. Islam juga mengharamkan umatnya berpecah dan mewujudkan negara secara sendiri-sendiri sebagaimana yang berlaku sekarang.
    Dalam menjaga keutuhan Negara, Islam meletakkan bahawa tindakan berpaling tadah dari Khalifah yang sah boleh diperangi dengan kekuatan senjata.
    Allah SWT berfirman,
    “Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah. Jika golongan itu telah kembali, maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, dan berlaku adillah. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.” [TMQ Al-Hujurat (49):9]
    Keutuhan umat ini telah terburai dengan berpecahnya negara-negara umat Islam kepada lebih 50 buah negara. Jatuhnya Khilafah Uthmaniyyah pada 3 Mac 1924 telah meleraikan perpaduan dan keutuhan umat Islam satu dunia.
    Tiada lagi sang pembela yang dapat melindungi dan menjaga kesatuan negara dan umat Islam. Pemimpin yang ada sekarang sebaliknya hanya menjaga kepentingan negara masing-masing di atas asas assabiyyah dan wathaniyyah.
    Oleh sebab itulah kita menyaksikan umat Islam yang berjumlah 1.4 bilion ternyata hanya mampu menjadi penonton kepada kekejaman dan kerakusan tentera Israel yang penduduknya hanya berjumlah 6.3 juta orang.
    Inilah natijah dari kebaculan para pemimpin kaum Muslimin yang di dalam benak pemikiran mereka penuh dengan bisikan dan hasutan syaitan. Hanya Allah jualah yang Maha Membalas dosa-dosa mereka yang membiarkan darah umat Islam tumpah ke bumi tanpa sebarang pembelaan.

Saat ini, sesuatu yang pasti adalah hukum-hukum di dalam Al-Quran dan As-Sunnah tidak diterapkan oleh mana-mana negara pun.

Oleh itu, bagaimana mungkin rahmat Allah akan tercurah ke seluruh alam jika sistem yang memerintah dunia adalah Sistem Sekular ciptaan manusia, malah berasal dari Barat.

Yang tragisnya, terdapat pemerintah sekular yang mengatas namakan Maqasid Al-Shariah, lalu menghalalkan tindakan mereka di dalam menerapkan sistem kufur ini (kononnya sistem sekular yang mereka ambil sesuai dengan Islam).

Maqasid Syariah juga digunakan untuk menghalalkan idea-idea kufur yang diterapkan di dalam negara seperti kebebasan beragama, bertingkah-laku, berekonomi dan bersuara, kerana dikatakan tidak bertentangan dengan Islam.

Inilah sistem kufur Jahiliyyah yang diterapkan di negara-negara umat Islam pada hari ini, termasuklah negara ini! [edit/abuidris/arrayah.info]

Sumber : http://mykhilafah.com/sautun-nahdhah/281-sn083-masyarakat-jahiliyyah-di-malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular