ARRAYAH.INFO, Mesir, 16 Mac 2012 - Beberapa laman web telah menerbitkan kenyataan seorang bekas pegawai CIA, Robert Baer, bahawa "Teorinya tentang dominasi Syiah Iran di Timur Tengah benar-benar telah runtuh pada hari Rabu, 29 Februari 2012 yang lepas. Sekarang, umat hidup di dalam era kebangkitan revolusi Sunni. Dan tanda-tanda munculnya Daulah Khilafah sebuah Negara Islam Global telah kembali. Mesir, Tunisia, Jordan, Libya dan Syria merupakan negara-negara Sunni, dan akan menerima pakai contoh Turki dalam pemerintahan (Khilafah Uthmaniyyah). Walaupun pemerintahan (Turki sekarang) ini tidak ada hubungannya dengan pemerintahan Islam. "
Ia menambah: "Kejayaan revolusi di Syria akan meluas ke Jordan. Rakyat mahukan perubahan dan membersihkan rasuah. Bahkan neo-kolonialisme telah dibuang jauh setelah pencerobohan Iraq."
Ya, tanda-tanda munculnya Daulah Khilafah sebuah Negara Islam Global telah kembali lagi. Sehingga kaum kafir terus memantau dan mengawasinya, serta menyiapkan rancangan untuk memeranginya jika tipu daya dan rancangan jahat mereka tidak dapat mencegah munculnya kembali Khilafah.
Di antara tipu daya mereka untuk mencegah munculnya Khilafah adalah membentuk sistem pemerintahan seperti model pemerintahan Turki sekular, yang hakikatnya adalah nyata-nyata sistem kufur yang membolehkan setiap yang diharamkan; yang di dalamnya diangkat orang-orang yang mempunyai latar belakang Islam. Namun mereka tidak berbeza dengan kaum sekular yang lain, kecuali tanda-tanda dan kata-kata penipuan, yang dengannya mereka mengira boleh menipu Allah SWT dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri, dan mereka hanya menipu orang-orang naif semata-mata.
Bekas pegawai CIA itu menyedari betul fakta-fakta seperti yang difahami oleh Amerika Syarikat iaitu bahawa negaranya sedang berada di ambang kehancuran dan kekalahan di negeri-negeri Islam.
Sementara semua rencananya dalam neo-kolonialisme terhadap negeri-negeri itu telah mati, dan sudah tidak tersisa kecuali para bonekanya yang tidak lama lagi semuanya akan dihapuskan oleh umat.
Di mana mereka dengan para bonekanya telah menandatangani perjanjian keselamatan untuk menjaga pengaruhnya di negeri-negeri Islam, sehingga mereka boleh mencegah munculnya Khilafah, yang tidak dapat dielakkan kemunculannya.
Sekalipun mereka menggunakan semua kekuatan dan tipu daya ketika Allah SWT menghendakinya, iaitu Khilafah Rasyidah yang tegak di atas jalan kenabian, bukan bermazhab, yang akan merangkul semua kaum Muslim dari berbagai aliran, dan juga bukan-Muslim, di mana Khilafah akan menjaga perjanjian dan kehormatannya.
Sumber : Agensi Berita Hizbut Tahrir, 14/3/2012
Lihat Tanda-Tanda apabila telah adanya Seruan Khilafah di Kaherah, Mesir
Hizbut Tahrir telah mengadakan satu seminar di Kaherah, Mesir bertajuk: "Keyakinan Pasti Akan Kembalinya Daulah Khilafah sebuah Negara Islam Global" di dalam bangunan Press Syndicate.
Sumber : http://www.khilafah.com/index.php/activism/middle-east/13605-photos-hizb-ut-tahrir-seminar-in-cairo-qthe-inevitable-return-of-the-islamic-khilafahq
Islam memang dah membangun di mesir..masjid-masjid waktu subuh dah semakin ramai jemaah...alhamdulillah..!!
BalasPadam