Rabu, 14 Mac 2012

Surat Peringatan Rasulullah SAW buat Para Pemerintah yang Memiliki Kekuasaan


ARRAYAH.INFO, Madinah, 14 Mac 2012 - Ketika mengurusi politik luar negara, Rasulullah SAW telah mengirimkan surat-surat diplomatik, melalui utusan diplomatik baginda yang mana kandungannya mengajak pemimpin dan rakyat negara lainnya untuk memeluk agama Islam.

Sebagai ketua Negara, Rasulullah SAW adalah Amirul Jihad (ketua/pemimpin perang) dalam pelbagai pertempuran dan mengangkat beberapa orang sahabat baginda sebagai Komandan di dalam beberapa peperangan.

Baginda mengutus Hamzah bin Abdul Muthalib dan sahabat lainnya dalam pasukan perang menyerang Quraisy, mengutus antara lain Zaid bin Haritsah menyerang Rom, Khalid bin Walid menyerang Dumatul Jandal dan banyak lagi.

Kesemua hal ini hanya boleh/layak dilakukan oleh seorang Ketua Negara dan semua fakta ini merupakan hakikat yang tidak boleh dibantah bahawa Madinah adalah sebuah Negara Islam dengan Ketua Negaranya adalah Rasulullah SAW.

Bermula dari hijrah Rasulullah SAW yang keluar dari Negara Kufur menuju tegaknya Negara Islam, agama Islam yang sebelum itu hanya menjadi anutan pengikutnya sahaja kemudian telah bertukar menjadi agama yang memerintah negara dan memerintah dunia.

Agama suci ini telah zahir di atas agama-agama yang lain dengan peranan Negara (pemimpin) yang menerap dan mendakwahkannya ke seluruh pelosok dunia. Namun malangnya, sejak kejatuhan Negara Islam lebih kurang 90 tahun Hijrah yang lalu (28 Rajab 1342H), agama Islam sudah tidak lagi memimpin dunia kerana tidak ada lagi Negara (pemimpin) yang menerap dan mendakwahkannya.

Umat Islam pula sering dipalingkan dari makna hijrah yang sebenar oleh para pemimpin dan oleh ulama su’ (buruk) sehingga sudah tidak ada kesedaran dari sebahagian besar umat Islam bahawa hijrah Rasulullah adalah sesungguhnya bermaksud keluar dari Negara Kufur menuju Negara Islam, dan ini merupakan sebuah kewajipan.

Adapun kewajipan mendirikan Negara Islam (Khilafah) adalah merupakan konsekuensi dari kewajipan menerapkan seluruh syariah Islam sebagai bukti keimanan seorang Muslim kepada Allah SWT. Keberadaan negara (kekuasaan) adalah hal yang mutlak untuk itu.

Kewajipan menegakkan syariah Islam dalam pemerintahan seperti menerapkan hudud Allah, qisas, ta’zir, menetapkan mata wang berdasarkan dinar (emas) dan dirham (perak), mengadili pihak yang bersengketa, menjatuhkan hukuman terhadap pelaku jenayah, mengirim pasukan perang, menjamin pendistribusian harta di tengah-tengah masyarakat, menjamin keperluan pokok (basic needs) rakyat, mengambil jizyah, kharaj, ghanimah, jihad dan banyak lagi adalah termasuk dalam bidangkuasa (authority) negara, bukannya bidang kuasa mana-mana kelompok atau individu.

Negara Islam (Khilafah) wajib mengembang dakwah Islam ke seluruh dunia dengan metode yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW, iaitu jihad fi sabilillaah. Sebelum melakukan perang (jihad fi sabilillah), Negara Islam (Khilafah) terlebih dulu menawarkan beberapa tawaran alternatif:
(1) memeluk Islam;
(2) bergabung dan tunduk terhadap Daulah Islamiyah serta bagi ahl adz-dzimmah diberi kebebasan untuk menganut agamanya masing-masing dengan membayar jizyah;
(3) jika dua pilihan tersebut ditolak, secara syar‘î Daulah Islamiyah berhak memerangi mereka dengan jihad fi sabilillah.

Berikut Surat-Surat Rasulullah SAW yang diutus dengan cop rasminya.

1. Surat Rasul, ketua Negara Islam untuk Heraclius: Dihyah bin Khalifah Al-Kalbi R.A. diutuskan kepada Qaisar (Maharaja Rom).
Terjemahan Melayu :-
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Daripada Rasulullah kepada Hiraqal, Maharaja Rom,
Sejahteralah bagi orang yang mengikuti Al-Huda(petunjuk), amma ba`du,
Maka sesungguhnya aku menyeru engkau dengan seruan Islam,
Masuklah Islam nescaya engkau akan selamat dan Allah akan memberikan kepada engkau pahala sebanyak dua kali, maka jika engkau berpaling maka sesungguhnya ke atas engkau dosa kaum Al-Arisiyyin( kaum Nasrani ) dan : 
"Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka:
"Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah. [ Surah Ali-Imran : 64 ]


2. Surat Rasul, ketua Negara Islam untuk Raja Kisra : `Abdullah bin Huzaafah As-Sahmi R.A. diutuskan kepada Kisra (Maharaja Parsi).
Terjemahan Melayu :-
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Daripada Muhammad Rasulullah kepada Kisra Maharaja Parsi,
Sejahteralah kepada sesiapa yang mengikuti petunjuk dan beriman kepada Allah dan RasulNya dan menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang satu tidak ada sekutu bagiNya, dan bahawasanya Muhammad itu hambaNya dan RasulNya,dan aku menyeru engkau dengan seruan Allah sesungguhnya aku ialah Rasulullah kepada manusia keseluruhannya, agar aku memberi peringatan bagi sesiap yang hidup dan membenarkan perkataan ke atas orang-orang kafir, maka masuklah kamu ke dalam Islam nescaya engkau akan selamat, maka jika engkau enggan maka sesungguhnya ke atas engkau dosa majusi.


3. Surat Rasul, ketua Negara Islam untuk Muqaiqis : Utusan baginda kepada Muqaiqis Maharaja Qibti Mesir
Terjemahan Melayu :-
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
daripada Muhammad hamba Allah dan RasulNya kepada Al-Muqauqis pembesar Al-Qibt(Mesir), sejahteralah bagi sesiapa yang mengikuti petunjuk, dan Amma ba`du, maka sesungguhnya aku menyerumu dengan seruan Allah dan agar kita tidak mempersekutukannya dengan sesuatu apa pun dan tidak menjadikan sebahagian kita dengan sebahagian lain sebagai tuhan-tuhan yang disembah melainkan Allah, maka jika kamu berpaling maka ke atasmu dosa Al-Qibti, dan wahai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: 

"Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah. [ Surah Ali-Imran : 64 ])".


4. Surat Rasul, ketua Negara Islam untuk Najasyi : `Amru bin Umayyah Ad-Dhamri R.A diutuskan kepada Najasyi (Maharaja Habsyah).
Terjemahan Melayu :-
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Daripada Muhammad Rasulullah kepada An-Najasyi Maharaja Habsyah, sejahteralah bagi sesiapa yang mengikuti petunjuk, amma ba`du, maka sesungguhnya aku memuji kepadaMu Allah yang tiada Tuhan yang berhak disembah melainkanNya Dialah Al-Malik, Al-Quddus, As-Salaam, Al-Mukmin, Al-Muhaimin, Aku bersaksi bahawasanya `Isa bin Maryam ialah roh Allah dan KalimahNya yang diletakkannya kepada Maryam Al-Batul At-Taiyyibah Al-Hasinah (yang terpelihara dari sebarang tuduhan) lalu dia mengandungkan `Isa daripada rohNya dan tiupanNya sebagaimana Dia menciptakan Adam dengan tanganNya, dan sesungguhnya aku menyerumu kepada Allah yang satu tiada Tuhan yang berhak disembah melainkanNya, dan agar saling berwala` atas ketaatan kepadaNya dan jika engkau mengikutiku dan beriman dengan apa yang telah datang kepadaku kerana sesungguhnya aku ialah Rasulullah dan aku menyerumu dan tentera-tenteramu kepada Allah `Azza wa Jalla, dan sesungguhnya aku telah sampaikan dan aku telah beri nasihat maka terimalah nasihatku, dan sejahteralah bagi sesiapa yang mengikuti petunjuk. 

2 ulasan:

  1. amat hina & tdak brguna sma skali di sisi Allah & Rasul-Nya ktika pnguasa muslim mmegang kkuasaan ttapi tdak mnggunakn kkuasaan trsbut utk mlaksnakan hukum2 syariah Allah, sbaliknya mlksanakan & mmprtahankn undang2 thaghut sivil-sekular tinggaln pnjajah kafir...tmbah hina lagi apbla rela tunduk mlutut mnjadi subordinat undang2 pbb - kuda tnggangan prskongkolan pradaban barat-as-nasrani kndalian zionis yg sntiasa mmusuhi islam & umatnya...

    BalasPadam

Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular