Rabu, 25 April 2012

Analisis Kesalahan Buku 'Membongkar Projek Khilafah Ala Hizbut Tahrir di Indonesia'

ARRAYAH.INFO, Yogyakarta, 25 April 2012 - M. Shiddiq Al Jawi, DPP Hizbut Tahrir Indonesia telah melakukan analisis kesalahan Buku 'Membongkar Projek Khilafah Ala Hizbut Tahrir di Indonesia' di BEM Fakulti Adab UIN Sunan Kalijaga, Yogyakarta, pada hari Sabtu, 14 April 2012 yang lepas.

Data analisis buku tersebut adalah seperti berikut:

Judul: Membongkar Projek Khilafah Ala Hizbut Tahrir di Indonesia
Pengarang: Dr. Ainur Rafiq Al Amin
Penerbit: LKiS, 2011, Yogyakarta
Tebal: 228 mukasurat + xxiv

Isi kandungan:
Bab I - Wacana Negara dan Islam
Bab II - Hizbut Tahrir dan Penegakkan Khilafah
Bab III - Ideologisasi Politik Khilafah
Bab IV - Implikasi Politik Pemikiran Khilafah Hizbut Tahrir


Analisis Kesalahan Buku - Membongkar Projek Khilafah Ala Hizbut Tahrir di Indonesia
  1. Kerana judul dan isi tidak sesuai
  2. Kerana ditulis tanpa ketelitian alias terburu-buru
  3. Kerana kurang upaya secara metodologi

JUDUL DAN ISI TIDAK SESUAI
"Membongkar Projek Khilafah Ala Hizbut Tahrir di Indonesia" tajuk yang menggambarkan penulisnya akan mengungkap sesuatu yang disembunyikan Hizbut Tahrir.
Padahal idea, visi, dan misi Hizbut Tahrir tidak pernah disembunyikan, pelbagai kitab dan buku Hizbut Tahrir boleh diakses dan dibaca sesiapa sahaja.
Kemungkinan judul tersebut bukan judul asli tesis, melainkan cuma ciptaan penerbit LKiS agar bukunya laris serta strategi pemasaran yang mungkin jitu secara kewangan.
Tapi sangat murah secara intelektual dan sangat nista secara moral.

MEMFITNAH ADALAH PEMBOHONGAN DAN DOSA NYATA
"Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata." (Surah Al Ahzab [33]: 58)

TIDAK TELITI DAN TERBURU-BURU
(1) Ditulis Hizbut Tahrir Indonesia punya "Majalah Al Islam" (m/s 4). Yang benar "Buletin Al Islam"
(2) Ditulis ada kitab berjudul "Khilafah Sur'atul Badihah" (m/s 10). Kitab ini tidak ada.
(3) Ditulis Taqiyuddin Nabhani lahir 1914 (m/s 21). Yang benar: lahir 1909.
(4) Ditulis ada kitab "Khilafah Ajhizah Dawlat Al Khilafah" (m/s 165). Kitab ini tidak ada.
(5) Ditulis bahawa kitab "Demokrasi Sistem Kufur" (Arab) sebagai tanpa tahun (tt) (m/s 179 & 219). Yang benar: Kitab tersebut diterbitkan pada tahun 1990.
(6) Ditulis nama "Zyno Baran" secara salah sebanyak 10 kali (m/s 23, 34, 35, 36, 53, 59, 64, 75, 170, 212). Hanya 1 kali saja ditulis dengan betul iaitu "Zeyno Baran" (m/s58).
Masya Allah, penelitian tapi kenapa senarai di atas tidak teliti?
Demokrasi Sistem Kufur Tahun 1990, Bukan Tanpa Tahun
Zeyno Baran, Bukan Zyno Baran, Zeyno Baran, Bukan Zyno Baran
(7) Berkali-kali penulis buku menjanjikan akan ada penjelasan lebih detail mengenai suatu hal, di dalam lampiran (lihat m/s 50, 62, 159).
Tapi faktanya: Lampiran tidak ada, jadi pembaca akan merasa tertipu dan hanya mendapat ayat kosong. Adakah mau nulis tesis atau mau menipu orang?

KESIMPULAN
Buku karya Dr Ainur Rafiq Al Amin adalah tesis yang gagal, ​​kerana:
(1) tidak sesuai antara tajuk dan isi
(2) penuh dengan ketidaktelitian
(3) terdapat cacat metodologi yang parah dan sukar diampunkan.
Penulisnya (Dr Ainur Rafiq Al Amin) bukan orang yang neutral ideologi, namun seorang penganut fahaman liberal dan sekular.

Berdasarkan kesimpulan di atas dapat dibongkar tujuan yang sangat jahat dari penulisan buku ini, iaitu:
(1) menghalang perjuangan umat untuk menerapkan syariah dalam rangka negara Khilafah.
(2) menyokong kafir penjajah dengan cara memberi justifikasi terhadap sistem demokrasi-sekular Barat yang dipaksakan atas Dunia Islam kini. [edit/abuidris/arrayah.info]

Sila download powerpointnya di:

A. Server lokal, direct download
Versi PDF =>  948KB

Versi PPTX => 1,1MB
B. Server luar, mediafire.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Recent Posts Widget | Webaholic

Catatan Popular