Jenayah pemerdagangan manusia bukanlah satu masalah baru yang timbul dalam sistem kapitalis. Ia merupakan satu bentuk perhambaan moden.
Masalah kemiskinan yang melanda kebanyakan negara umat Islam adalah disebabkan kerana mereka tidak lagi hidup secara Islam.
Firman Allah SWT yang bermaksud:-
"Barangsiapa berpaling dari peringatanKu, maka baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta" [Surah Thaha (20):124].
Wahai umat yang dirahmati Allah!
Melalui pelaksanaan hukum Islam dalam kehidupan manusia, bukan sahaja masalah kemiskinan, malah pelbagai masalah yang wujud saat ini akan diselesaikan.
Sesiapapun yang menghendaki dan merindukan hidup dengan Islam secara kaffah, maka ketahuilah keberadaan Daulah Khilafah Islamiyah sebuah Negara Islam Global tidak boleh ditawar-tawar lagi kerana Khilafahlah institusi yang akan menerapkan syariat Islam secara menyeluruh.
Ini kerana, sistem Islam yang akan meninggikan martabat manusia mengatasi kemiskinan rakyat dengan:-
- Jaminan pemenuhan keperluan asas
- Pengaturan kepemilikan
- Penyediaan peluang pekerjaan
- Penyediaan kemudahan pendidikan
Semoga perjuangan dan usaha kita yang benar akan dibantu dan diberkati Allah hendaknya.
Artikel penuh di : http://www.mykhilafah.com/fikratul-ummah/3344-fikratul-ummah-april-2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan