Selasa, 3 April 2012
Penggubalan Hukum Penambahbaikan Pilihan Raya Demokrasi Sekular tanpa ada Sumber Syariat Islam
ARRAYAH.INFO, Kuala Lumpur, 3 April 2012 - Kekecohan berlaku dalam perbahasan meluluskan laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC) di Dewan Rakyat. Ia bermula usul Pakatan Rakyat untuk membuat pindaan memasukkan laporan minoriti ke dalam laporan akhir PSC ditolak Speker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Pandikar berkata Dewan tidak mempunyai kuasa mengubah keputusan seperti yang diputuskan PSC. Peraturan mesyuarat 30 (1), itu tidak merangkumi apa-apa yang dibentangkan pada hari ini. Peraturan ini meminta supaya usul ia diterima majlis atau tidak. Apabila yang berhormat membangkitkan 30 (1), majlis atau pun saya tidak mempunyai kuasa mengubah apa-apa kuasa jawatankuasa khas.
Azmin Ali yang membawa usul itu, kemudiaannya bangun dan mengatakan ia ada diguna pakai beberapa negara Komanwel. Sekumpulan penyokong Barisan Nasional bangun dan membuat kecoh ketika ahli Parlimen Pakatan Rakyat cuba mengemukakan hujah mengenai amalan tersebut.
Speaker yang kelihatan seperti kurang sabar dengan gelagat Ahli Parlimen kemudiaanya meluluskan laporan akhir PSC setelah majoriti Ahli Parlimen BN bersetuju. Speaker kemudiaannya membuat keputusan untuk menanggguhkan persidangan hingga pukul 10 pagi esok.
Penggubalan Hukum Penambahbaikan Pilihan Raya Demokrasi Sekular tanpa ada Sumber Syariat Islam
Wahai kaum Muslimin! Sekiranya kalian benar-benar mahukan perubahan dengan penambahbaikan pilihanraya di dalam suasana pemerintahan ini, tanyalah diri kita sendiri dan tanyalah kepada saudara-saudara kalian yang lainnya, apakah ‘bentuk’ perubahan nyata yang kita ingini?
Adakah kita inginkan perubahan dengan hanya pertukaran seorang pemimpin lama kepada pemimpin yang baru?
Atau adakah kita inginkan perubahan dengan pertukaran seorang pemimpin dari parti A kepada pemimpin dari parti B?
Apakah kalian tidak melihat selama ini bahawa sudah berlaku dan berlalu berapa puluh kali perubahan kepimpinan melalui setiap pilihan raya yang diadakan dan kini dengan penambahbaikan pilihanraya demokrasi yang tidak bersandarkan syariat Nya, namun hakikatnya tidak pernah berlaku perubahan di dalam ‘sistem buatan manusia’ ini!
Sistem kufur-sekular masih tetap membelit umat Islam walaupun parti yang menang adalah dari parti Islam dan sistem Islam masih tetap tidak dapat diterapkan sehingga sekarang.
Dengan sejarah dan perkembangan yang berlaku, baik di negara ini mahupun di seluruh dunia yang telah dan sedang kita saksikan, masihkah kalian menaruh harapan dan ingin mengatakan bahawa satu-satunya jalan perubahan yang terbaik adalah melalui penambahbaikan pilihan raya di bawah sistem demokrasi sekular yang jelas memisahkan agama daripada kehidupan?
Sedarlah wahai mereka yang masih terlena dan terleka, bahawa sesungguhnya umat Islam tidak pernah dan tidak akan pernah menang, malah Islam tidak pernah dan tidak akan pernah dapat ditegakkan selama mana umat Islam itu masih tetap terbelenggu dengan sihir demokrasi.
“Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin”? (Surah al-Mai'dah (5) : 50).
Dalam sistem demokrasi sumber hukumnya adalah rakyat, bererti ia bukan hukum Allah sama seperti hukum jahiliyah! Kalau memang ada satu macam atau beberapa macam hukum yang ada dalam Demokrasi itu serupa dengan ajaran Islam atau bahkan memang bersumber dari ajaran Islam, tetap saja itu tidak disebut hukum Allah.
Ia tidak disebut hukum Allah kerana ia sudah dicampur dengan hukum buatan manusia. Sedangkan sudah cukup jelas di atas 'Allah mengingkari orang yang berhukum kepada selain hukum Allah, kerana hukum Allah itu mencakup segala kebaikan dan melarang segala keburukan.' Apakah mungkin ada hukum buatan manusia yang lebih mencakup segala kebaikan dan melarang segala keburukan daripada hukum Pencipta manusia, Allah SWT?
Jelaslah kepada kita mengapa ummat Islam senantiasa mempersoalkan hukum apa yang diberlakukan di dalam masyarakat. Kerana sesungguhnya urusan ini menyangkut permasalahan paling mendasar iaitu aqidah.
Seorang muslim tidak merasa hidup dalam ketenteraman ketika ia diharuskan mematuhi hukum buatan manusia sedangkan keyakinan Iman-Islamnya menyuruh dirinya agar hanya tunduk kepada hukum dan peraturan yang bersumber dari Allah semata. [abuidris/arrayah.info]
Label:
Ada,
demokrasi,
Hukum,
Penambahbaikan,
Penggubalan,
Pilihan,
Raya,
Sumber,
Syariat Islam,
Tanpa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
ARRAYAH.INFO, 24 Ogos 2012 - Ketika sebuah negara yang mempunyai nisbah hutang terhadap GDP di atas 100% tidak sanggup membayar, apa yang a...
-
ARRAYAH.INFO, Shah Alam, 5 September 2012 - Gerakan kumpulan yang mengadakan perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, minggu lalu se...
-
ARRAYAH.INFO, Nusantara, 29 Mei 2012 - Pengaruh Khalifah terhadap kehidupan politik alam Melayu sudah terasa sejak masa-masa awal berdiri...
-
ARRAYAH.INFO, Kutub Utara, 25 Julai 2012 - Waktu solat dan puasa adalah piawai bagi umat Islam di seluruh dunia ditetapkan mengikut peredar...
-
ARRAYAH.INFO, Shah Alam, 6 Julai 2012 -Semakin ramai diantara kita yang semakin merindui kebangkitan Islam. Malangnya ramai dari kita yan...
-
ARRAYAH.INFO, Islambul, 24 Mei 2012 - Nabi Muhammad SAW pernah bersabda (yang bermaksud) : "Kota Konstantinopel akan jatuh ke tanga...
-
ARRAYAH.INFO, Mesir, 5 Oktober 2012 - Hizbut Tahrir Wilayah Mesir memulakan kempen secara meluas di pelbagai tempat untuk memperkenalkan ...
-
ARRAYAH.INFO, 7 Julai 2013 - Pada Hâsyiyah al-Sindi di dalam Syarah Sunan Ibnu Majah terdapat bab tentang “Kesaksian Melihat Anak Bulan, ...
-
ARRAYAH.INFO, Lubnan, 3 Jun 2012 - Allahuakhbar! Usaha terbaik bantahan yang dilakukan oleh Parti Islam Global iaitu Hizbut Tahrir di Tri...
-
ARRAYAH.INFO, 2 Ogos 2012 - Jika Khilafah sebuah Negara Islam Global akan tertegak, dimanakah wilayah paling tepat dan paling layak untuk m...
ya benar... tiada sumber syariat Islam iaitu merujuk kepada Al-Quran dan Hadis..
BalasPadamsubhnllah. . Mntap lah akhi!!!
BalasPadamHari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu
BalasPadam